Monday, October 26, 2009

Selamat Hari Jadi......

Gempaqqqq tak tajuk....sempena 24/10/2009 genaplah umur serai 6 bulan maka kami nak ucapkan Selamat Hari Jadi ya wahai pokok serai sekalian....kenapa tak ucap masa genap setahun ya...pelikkan....begini...bila umur serai 6 bulan maka sudah sampai umurnya untuk di tuai...maka nak ucap dulu Selamat Hari Jadi Serai...sebelum kamu semua menjadi aruah....hehhehhe......maka kami sedang menghitung dan membuat persiapan untuk menuai...di alam nyata bukan di Facebook...ya kawan-kawan sekalian...

Maka banyak faktor perlu di ambil berat terutama faktor pekerja dan masa...memandangkan kami adalah pekerja sepenuh masa...haruslah kami mencari masa sesuai untuk menuai....Tak sangka saya sudah 6 bulan berlalu begitu masa mencemburi kami....

Banyak dugaan dan pancaroba harus kami tempuhi untuk sampai ke sini...saya berharap usahasama kami berjalan dengan baik...serta hubungan kami terjalin dengan seikhlas hati dan jujur...dalam meneruskan projek ini...walaupun satu hari nanti kita sudah bersara menjalankan projek ini....kita tetap sahabat....hingga akhir hayat...aminnnnnnnn!!!!

Dah macam ayat nak syahdu syahdan pulak..jomlah kita ramai-ramai menyanyikan lagu selamat hari jadi ya.....

Selamat Hari Jadi Rumpun Serai...

Ko pun rumput Selamat Hari Jadi juga siaplah ko lepas ni...aku bunuh ko secara kejam...

Tanah pun kering kontang....emmm

Keringnya kebun ku..bila nak hujan ni....

Ni pokok durian kalau korang ingat dulu dia ada buah tapi dah gugur siapalah manusia yang bertuah dapat rasa..cissss bau pun korang tak tinggalkan...

Semoga selamat semuanya....amin....

Adios

Thursday, October 22, 2009

TRY 100 PLUS & WATER - NOT PANADOL

Hari saya bagi info kesihatan ya kawan-kawan sekalian......sila baca baik-baik..renung-renungkan selamat mencuba.....

DON'T TAKE PANADOL AND PANADOL ACTI FAST AND PANADOL SOLUBLE, especially if you have gastric problems... One real story from a friend......

My husband was working in a hospital as an IT engineer, as the hospital is planning to set up a database of its patient and he knows some of the doctors quite well. The doctors used to tell him that whenever they have a headache, they are not willing to take PANADOL (PARACETMOL). In fact, they will turn to Chinese Herbal Medicine or find other alternatives. This is because Panadol is toxic to the body, and it harms the liver. According to the doctor, Panadol will reside in the body for at least 5 years. According to the doctor, there used to be an incident where an air stewardess consumes a lot of panadol during her menstrual as she needs to stand all the time. She's now in her early 30's, and she needs to wash her kidney (DIALYSIS) every month.

As said by the doctor that whenever we have a headache, that's because it is due to the electron / Ion imbalance in the brain. As an alternative solution to cope with this matter, they suggested that we buy 1 or 2 cans of isotonic drink ( eg.100PLUS), and mix it with drinking water according to a ratio of 1:1 or 1:2 (simply, it means 1 cup 100plus, 1 cup water.or 2 cups water). My husband an me have tried this on several occasions, and it seems to work well.

Another method will be to submerge your feet in a basin of warm water so that it bring the blood pressure down from your throbbing head. As Panadol is a pain killer, the more Panadol you take, the lesser would be your threshold for pain (your endurance level for pain). We all will fall ill as we aged, for woman, we would need to go through childbirth. Imagine that we had spent our entire life popping quite a substantial amount of Panadol (Pain Killer) when you need to have a surgery or operation, you will need a much more amount of general anesthetic to numb your surgical pain than the average person who seldom or rarely takes Panadol. If you have a very high intake of Panadol throughout your life (Migraine, Menstrual cramps) it is very likely that normal general anesthetic will have no effects on you as your body is pumped full with panadol and your body is so used to pain killer that you would need a much stronger pain killer, Morphine?? Value your life, THINK before you easily pop that familiar pill into your mouth again.

Tahu kawan-kawan....selamat beramal....

Adios

Adakah Lupa atau "M"

oooo tidak semalam tak update....apa aku buat ya semalam....nanti kejap saya update ya nak cari gambar dulu...huhuhuhu tunggulah ya kawan-kawan sekalian.....cuma di kuatiri sakit kronik saya menyerang kembali...lain tidak bukan "MALAS"

Tuesday, October 20, 2009

Apa Yang Indah Bila Malam Menjelama

Akhirnya dapat juga update....

Marilah kita bercerita....kerana saya kini gigih mengupdate blog maka malam tadi saya telah mendapat mimpi yang amat menakjubkan...hahahha saya balik kampung pegi kebun ibubapa saya...kat kebun penuh buah rambutan sedapnya...jalan punya jalan masa tu jumpalah harimau, tapir dan memerang...so cepat-cepat ambik gambar ni....sebab nak tepek kat blog....punyalah siang malam berfikir nak cite apa kat blog...sampai masuk dalam mimpi...

Hari ini memang kering idea..tapi nak juga update dah niat dan iktikad ni kalau boleh nak update hari-hari kecuali Sabtu dan Ahad sebab cuti umum.....


Bestnya tido

Ni gambar saya masa bujang dulu putih berseri sekarang tidak lagi setelah mengusahan ladang serai maka kulit pun jadi gelap....tapi fikir punya fikir lah gambar ni pun mimpi juga....saya taklah seayu gambar tu tapi dah nak serupa sikitlah...tang tido...hahhaha

Dah lotih aku naik baran hari ini internet tak boleh guna sepantas kilat...hanya seperti siput terkodok-kodok.....


Adios

Monday, October 19, 2009

Pizza Hasil Tangan Sendiri

Sempena cuti Depavali kami tak ke mana-mana hanya di rumah...habiskan masa ngan anak....masa cuti beginilah di peruntukan sepenuhnya....dan menambah hasil lemak-lemak di badan...hahhaa

Jomlah kita main masak-masak lagi ya....kali ni kami buat Pizza Melayu namanya...hehhehe, saya memang rajin main masak-masak ni...

Bahan yang pertama sekali membuat Pizza ialah :-

Tapak Pizza atau di kenali alas Pizza atau Roti Pizza atau suka hatilah nak panggil apa...macam mana nak jadi seperti gambar di atas, inilah caranya:-

  1. 3 cawan tepung gandum putih
  2. 1/3 peket yis Maurippan
  3. 1 biji telur
  4. Secubit garam
  5. 3 sudu susu pekat
  6. 1 sudu majerin
  7. Air secukupnya

Cara nak jadikan doh tersebut:

  1. Bancuhkan yis tersebut ngan air suam kemudian tepung, garam, majerin, telur dan susu di gaul dalam satu bekas, kemudian tuang yis yang di bancuh perlahan-lahan dan masukkan air sedekit demi sedikit.
  2. Gaul adunan tersebut hingga tidak melekat di jari jemari kemudian rehatkan dalam 2 jam atau 45 minit. (Maksud tak melekat di jari tu jangan bancuh jadikan air pulak)

Nota: Di ingatkan sekali lagi ini adalah cara saya, mungkin lain ngan cara anda di luar sana..kan kata saya tak ikut buku..memang tak ikut buku pun ikut kepala saya...hehehe

Kemudian sediakan intinya..pula.... ini bahan-bahan yang saya gunakan:-

  1. Lada bagela
  2. bawang besar
  3. sosej
  4. tomato
  5. bunga kubis
  6. ayam
  7. cendawan butang
  8. tomato sos
  9. mayonis
  10. paling wajib sekali chesse, mozzarela dan cheddar tu ikut suka sebab dah ada dalam peti saya taburkan aja...
  11. senang cite apa ada dalam peti sejuk boleh bubuh atasnya...baru penuh sampai susah nak makan...hehehe

Cara nak buatnya:-

  1. Setelah doh naik 2 kali ganda, maka kita lenyekkan menjadi seperti lempeng dengan menggunakan penggelek. tak ada penggelek guna botol susu anak pun boleh janji bulat.
  2. sebelum tu panaskan oven (betul ke eje) pada darjah 180. kemudian roti tadi letakkan atas dulang pembakar, bakar doh tersebut dalam lebih kurang 15 minit.
  3. Angkat doh tersebut kemudian kita oleskan ngan sos tomato, susun bahan-bahan yang lain kemudian last sekali baru letakkan chesse.
  4. Dah siap susun cantik gitu bakar lebih kurang 30-45 minit.
  5. dah siap boleh makan ya....
Gini rupanya bila get ready nak bakar..penuhkan

Ni yang dah siap masak....


Ok kawan-kawan...kalau tak reti buat dohnya senang aja beli yang ready ada jual di TESCO tinggal isikan bahan-bahan inti kemudian bakar....

Kalau rasa susah lagi pesan aja di PIZZA HUT......bersih tapak tangan gitukan...jumpa lagi di dapur TOH PUAN BESAR SU....

Adios

Friday, October 16, 2009

Gulai Ikan Kurau Masin

Ya puan-puan dan tuan-tuan mari dekat-dekat, hari ini kita masak gulai ikan masin kurau yang di ajar ibu mertua saya.......mungkin masakan ini beza ngan orang luar di sana...tapi apa kata kita mempelajari sesuatu yang baru dalam pempertingkatkan lemak di badan...yehaaaaaaaaaaaa...

Mula-mula wajib sediakan bahan-bahan:-

Nampak tu siap ambik gambar hehehhe:-
1) 2 ulas bawang merah
2) 1 ulas bawang putih
3) 4 tangkai lada kering
4) 4 hiris lengkuas
5) 2 hiris kunyit
6) Asam keping (lupa nak ambik gambar, jangan belender pulak ya, campak aja dalam periuk)

Bahan-bahan di atas haruslah di belender kalau rajin nak buat senaman tumbuk guna lesung nak power lagi korang giling hahahha mahu makan tengah malam...

Bahan-bahan sampingan
1) 2 batang kacang panjang
2) 1/2 batang timun
3) 2 tangkai lada merah

Bahan-bahan tersebut dipotong aja macam gambar di atas, jangan korang belender pulak....huhuu

Sepekit kelapa parut, kalau nak senang beli aja santan...nak jaga badan beli santan kotak..kalau nak jaga lagi badan ko letak susu ideal (lalu tak lalu aja tekak nak telan)

Ni paling wajib ikan masin Kurau suka hati nak kepala atau badan atau tulang...wajib di rendam dahulu ngan air paip dalam masa setengah jam atau 45 minit kasi masin dia kurang sikit.....kalau tak korang makan gulai air garam...ambik mahu terus darah tinggi...

Cara-cara memasaknya:-
  1. Setelah bahan-bahan tadi di belender masukkan dalam periuk, kemudian perah santan dan rebus sehingga mendidih...kacau perlahan-lahan agar tidak pecah santan.
  2. Bila sudah mendidih masukkan ikan kering tersebut yang telah di cuci bersih, kacau perlahan-lahan hingga masak dan masukkan bahan-bahan sampingan tersebut,
  3. Masak hingga timun dan kacang panjang lembut.
  4. Sila rasa kuah tersebut, kebiasaannya tidak perlu di letakkan garam kerana semula jadi masin dari ikan tersebut.
  5. Kemudian dihidang setelah masak untuk santapan keluarga.

Oleh kerana tuan rumah begitu lapar sampai lupa nak ambik gambar hidangan yang siap di masak...jom kita makan...

Adios

Thursday, October 15, 2009

Raja Buah

Siapa tak kenalkan raja buah, dah tentu Durian....tapi tak semua orang sukan akan buah tersebut termasuk suami saya...pantang bau..

Di sini saya ingin tanya sapa-sapa ada pernah jumpa pokok Durian di bawah ni, bagi saya ianya sungguh pelik....

Pokok boleh tahan comeilah...

Fokus pada daunnya seakan daun pokok manggis...

Tengok buah penuh sampai kat akar...

Punyalah banyak buahnya

Peliklah....

Batang pun macam bukan pokok Durian...

Ni takut buah kena curi...heheh

Pelikkan..sesiapa yang tahu boleh tak share ngan saya macam nak tengok secara lifelah...saya pun tak tahu mana tempat ni gambar ni dapat pun dari sahabat email saya....

Adios


Wednesday, October 14, 2009

Bedah Pasan (Sya)

Bingkisan ini khas buat Bedah Pasan yang suka cakap besar bila menang game kat Facebook...eeee....tengok Bedah aku dah boleh lawan ko, dulu asyik ketawakan akukan....huhuhu ambik ko.....

Hahahhaha ko takat tulis kat Facebook aku siap kat blog up sikit dari ko..kweng kweng kweng...kan cakap besar kan kena balik...takpa-takpa aku masih seorang yang merendah diri...dan sememangnya aku pun rendah....

Bedah jangan marah ya...saja je sakat ko...jangan bengang-bengang...hehehhehe



bahan bukti...hehehe

Game di atas ngan yang ini berbeza tapi satu aja kena main 1 minit...

Dunia lihatlahhhhhhhhhhhh


Hahahhahah

Sya jom makan ikan bakar lagi...hehhehe ayat pujuk namanya...aku belanja....

Adios

Kehebatan Air Kepada Kanak-kanak Riang Ria

Emmm kenapa budak suka main air kan...tak kira tengah sakit ke batu ke nampak aja air nak main...ke anak saya aja macam tu?....

Main ngan abang sepupu Abang Med

Tak kiralah kat mana ada paip kat situlah korang bertafakur

Sampai gelap dah tak sudah lagi...

Macam-macam sampai jadi Ben 10 pun ada...

Maaflah budak bogel ni kalau mandi kat swimming pool aja pandai pakai sepender...tempat lain tak mahu......

Setelah puas bermain air maka dapatlah habuan iaitu semput...malam tido tertonggeng-tonggeng...kerana penat dan susah nak nafas....huhuuhuhu maka kami pun mendapat tempiasnya berjaga malam.....hureyyyyyyyyyy

Adios

Tuesday, October 13, 2009

Apa ada di Kampung halaman?

wallaaaaaaaaaaa....hehhehe jom jalan-jalan dan cuci mata di persekitaran rumah keluarga saya di Johor...

Saya suka balik kampung kat Johor boleh melihat pemandangan hijau....berkebun sayur....terus rasa nak balik kampung pulak...

Ibu saya menyahut seruan kerajaan tanam sayur sendiri di rumah....

Kacang Bende ni manisnya bila petik terus masak....

Ubi ni nampak aja besar isinya belum lagi..tua...

Pokok Pisang pun gemuk-gemuk...

Apa rahsianya tanaman ibu bapa saya gemuk-gemuk huhuhu adalah baja hasil tahi lembu....sebab tu tanaman semua gemuk termasuk pokok bunga....semua pakai baja asli.

Bapa saya ada bela lembu tapi saya tak ambik pun gambar lembu ambik gambar lain....iaitu...

Entahlah banyak sangat tanaman bercampur aduk...

Ni kandang lembu bapa saya...lembu ada lebih kurang 30 ekor...sesiapa yang dok Johor agak-agak nak beli lembu datang umah ibu bapa saya boleh pilih nak beli lembu yang mana...kecik, besar, gemuk, kurus, montel, cute pun ada pilih-pilih..

Ni tempat nak cincang rumput lembu...lembu ni kejernya makan makan dan makan tak kira siang malam....huhuhu

Begitualah kehidupan di kampung.....kalau kita rajin berbudi kepada tanah apa aja kita boleh buat..janji usaha...dah jimat sikit duit beli sayur...tapi jangan memberi alasan rumah tinggi tak boleh bercucuk tanam...salah tu....negara kita mempunyi teknologi tanaman sayur yang boleh di jalankan di rumah tinggi...contohnya hydroponic, rajin tak rajin ajalah...saya memang tak tanamlah...hahhahaha sebab saya malas...hehheheheh

Adios

Monday, October 12, 2009

Serai Kami Jadi Semak dan Samun....

Hahhaah atas sebab kerajinan kami mengabdikan diri serta bermuhasabah, bertafakur dan menghayati bulan Ramadhan selama sebulan maka hasil serai dan rumput rumpai amat menggalakkan dan membanggakan....hahhaha

Oh tidakkkkkkkkkk!!!!! sebenarnya, semak sampai tak nampak serai...korang ingat apa gemuk sakanlah serai ya....kan dah kena tipu gemuk rumput bukan serai.....

Maka dengan rajinnya serta tulang 4 kerat ini, pada hujung minggu lepas kami berkampunglah di kebun serai....menebas rumput..penat gila....dan tu bebel bila nak siap macam ni....kena juga cari orang potong rumput..kalau meracun nanti mati serai.....kalau nak guna gunting lagilah tak siap...hahhaha mahu kita buat landskap bentuk-bentuk binatang ya....heheh jangan marah ya Partner...

Uiks apa pulak ada gambar Dapi (sebutan bahasa Jawa) Spa Q kat sini ...tak kaitan langsung....
Ni nak cite sekali ni 2+1 gosip masuk sekali...rumah Dapi ni dekat aja ngan kebun serai kami usahakan...hahah saya tak mahu bagi tahu mana kawasannya..pandailah korang carik ya....kalau cite detail kan aku kena tangkap ngan Suruhanjaya Kominikasi baru korang tahu....
hehheheh

Harap maklum dah berpunya...sila gigit jari...saya pun dah berpunya juga kalau tidak hehehhehe

Ni rumah Dafi masa ni kami lepak makan durian.....


Laju aja kalau cite pasal Dapi...heheh dah jom tengok semak samun pulak...korang ni bukan nak hayati pasal serai...kui kui kui...

Bongkok mari membongkok menebas rumput...sakit pinggang...


Ni kalau serai best juga ni rumput....panggil lembu pun tak mahu keras...nak kunyah...

Ada rezeki buah juga akhirnya pokok durian ni..siapa cepat dia dapat ya..

Ni sesumpah jinak, siap posing nak ambik gambar...suruh senyum tak mahu pulak buat muka serius aja...gasaklah janji ko nak bergambar..

Ni orang yang potong rumput kejauhan tu Suami Puan Serai...gambar jauh atas sebab-sebab keselamatan Kerajaan Malaysia...dan Pejabat Agama....

Penat lah kiranya 2 hari kami bantai kerja di kebun...dah lapang sikit lepas potong rumput..tinggal nak tebang pokok besar aja...sambung minggu depan pulak ya...lotih makcik..

Adios

Friday, October 9, 2009

Hari Terbuka Raya.....

Hahha tajuk macam hari terbuka PIBG sekolah...hahhahaha ni aja gambar yang sempat ni ambik sempena Open House Raya umah comei...dah ramai orang tak sempat nak ambik...ni kejadian berlaku sebelum para jemputan hadir untuk menikmati santapan yang di sediakan...

Budak riang ria raya...

Ni pun sama riang ria...tak hingat punya...

Gambar hidangan utama sampai lupa nak ambik....

Hidangan sampingan..
Tahun ni saya jemput sikit orang aja...letih nak masak....huhuhu...terima kasih semua yang hadir ke rumah saya....insyaallah jumpa lagi di tahun depan kalau mood saya baik nak masak...huhuhu

Adios

Thursday, October 8, 2009

Teco teco teco (Tesco)

Malam tadi kami berumah di Tesco beli susu....Danish asal sampai Tesco aja main main main....

Masuk aja pintu Tesco tempat di tuju haruslah rak mainan dok punyalah lama pilih macam pilih sayur aja ya Danish....

Banyak-banyak masuk troli confirm bayar satu aja hahahhaha nasib baik tak ingat apa yang dia ambik janji ada satu...

Gambar ini mungkin terlalu banyak dan panjang..maaf saya kurang mahir nak jadikan ianya satu dan juga saya malas....huhuhuhu

Pilih-pilih jangan tak pilih

Campak masuk Troli ya!!

Papa pulak ajar main askar-askar....

Tapi tak berapa minat nak juga robot...

Masuk lagi troli...

Dah pening nak pilih yang mana...

Dah penat pilih mainan rembat basikal tesco kita pusing satu Tesco guna basikal kira subsidi punya...hahahha konon-konon nak beli ya...lakonan semata-mata...
Jom jalan-jalan

Laju lagi langgar semua troli...

Coner baring apa ni...

Pakai topi pun dah macam mat rap...main basikal punya pasal

Syoklah basikal free ni...hehheheh marah orang Tesco

Tesco Shah Alam mengalami perubahan sikit tempat main free dekat ngan food court dah kena bayar sekali masuk RM3.00 mahal nak mampus mainannya ciput nya...sungguh kejam Tesco....

Apa nak buat bukan semua free kat muka bumi ni, silap haribulan nak jalan kat kaki lima pun kena bayo...dah jom pi buat keje...kan bos marah terminate internet..terus tak boleh guna..kweng kweng kweng....

Adios