Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts

Wednesday, October 20, 2010

Ketupat Sotong

Gambar ni aku rembat dari gooooogle aja....

Salam Rabu.....cepat aja masa berlalu ni nak masuk hujung minggu....aku juga yang kotak katik nak menaip entry one to jaga. Oleh itu mari kita main masak-masak lagi versi toh puan Susuna...aceh...macam biasa sukatan tidak di berikan...so pandai-pandailah sapa yang nak buat tu ya, Biasanya kalau pakai agak-agaknya ni masakannya lagi mantop....yehaaaaa..dari membebel panjang mari kita teruskan agenda kita...

Bahan-Bahan:-

  1. Sotong kalau boleh dalam ukuran 6 inci sebab bila di rebus akan mengecut.
  2. Pulut
  3. Santan
  4. Gula melaka
  5. Daun pandan
  6. Pencungkil gigi
  7. Garam
Cara memasaknya:-

  1. Bersihkan sotong kasi mandi wangi-wangi...jangan pulak ko sabun ya...kan mabuk masuk hospital gua tak tanggung.
  2. Rendam pulut bersama sedikit santan dan letakkan sedikit garam secukup rasa dalam lebih kurang 10 minit.
  3. Kemudian ambik sotong sumbat dengan pulut sampai separuh badan sotong, masukkan kepala sotong dan pinkan dengan pencungkil gigi...agak-agak ko malas stepler pun boleh...kalau tertelan stepler tu kira rezekilah tu...hehehhehe.
  4. Dah siap susun comei-comei dalam periuk masukkan santan sederhana cair sampai tenggelam sotong tu ke dasar periuk...lebih santan pun takpa nanti dia pekat dan adalah kuah nak makan.
  5. Masukkan gula beserta daun pandan dan garam untuk menaikkan rasa makanan tu lebih UMPPPPPP.
  6. Kacau jangan sampai pecah minyak.....kalau pecah minyak kan jadilah sotong goreng pulak dalam tu...hehehhe
  7. Nak tahu dah masak sotong menjadi kecil dan gemuk-gemuk perut dia...sebab pulut dah kembang...bolehlah di hidangkan pada tetamu.
Ni ketupat versi kakak ipar aku dari Ganu yang ajar.....so jangan samakan cara aku memasak dengan orang lain...sekurang-kurangnya aku belajar untuk merasainya....

Akhirnya aku belajar juga buat heehhe di sebabkan susah nak dapat hidangan ini di pasaran...dan kenangan aku yang pahit bersama si ketupat sotong...walllaaaaaaaaaaa

Terima Kasih En. Bobiman dengan ucapan dan kata-kata aluan semasa memakan ketupat sotong..akan mama Susuna buat lagi..jangan risau...janji perut u penuh dengan masakan dari air tangan i ni ya.....

* Punya melantak laki bini tak hingat dunia maka gambar sebenar tidak dapat di sertakan. Kesulitan amat di kesali.

Sekian terima kasih

Adios



Monday, August 2, 2010

Cenkodok Durian

Cenkodok datang lagi...so petang yang damai sedap kiranya ada acara minum petang maka kita buat cenkodok durian versi umi ajar.....

Mari kita teruskan acara masak memasak ini:-

Bahan-bahannya:-
  1. Durian di buang biji
  2. Tepung naik sendiri Blue Key
  3. Garam secukup rasa
  4. Air
  5. Minyak untuk mengoreng
Cara membuatnya:-

  1. Durian di buang biji dah di lenyek jangan kasi berketul-ketul.
  2. Bancuh tepung berserta garam dan air bancuh hingga likat
  3. Bulatkan isi duria menggunakan sudu letakkan di tengah-tengah aduan tepung dan balut dengan adunan tepung refer gambarajah 3.
  4. Minyak di panaskan atas kuali kemudian goreng hingga warna keemasan.
  5. Hidangkan dan boleh di makan.

1.Durian tanpa biji

2.Aduan tepung begini likatnya

3. Jadikan dia begini sebelum di gorang

4. Siap di goreng nampakkan durian di tengah-tengah tepung

Dah siap begitulah cenkodok durian versi umi saya...semua bahan adalah main agak-agak...selamat mencuba.

Adios

Friday, November 6, 2009

Udang Berlada Petai

Pejam celek, celek pejam kita dah nak sampai hujung tahun......walaupun mood membebel tak datang-datang jom kita cite masak memasak lagi ya....

I LOVE makan-makan n masak-masak...tak ke gitu

Udang berlada petai yang siap untuk di humban dalam mulut...

Mari sediakan menu tersebut...

Bahan-bahan:-
  1. ulas bawang merah (tumbuk guna lesung)
  2. 1 ulas bawang putih (tumbuk guna lesung)
  3. seinci halia (tumbuk guna lesung)
  4. seinci kunyit (tumbuk guna lesung)
  5. segenggam lada cili / cili padi (nak pedas letak banyak-banyak) (tumbuk guna lesung)
  6. sebatang serai peha ayam yang cukup montot, kalau kurus letak 2 batang (dititik)
  7. garam
  8. gula
  9. Udang segar kalau boleh yang memang cukup besar / udang galah
  10. Petai
  11. minyak

Cara memasak:-

  1. Bahan-bahan asas ditumbuk hingga lumat kemudian panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tersebut serta serai sekali.
  2. bila ianya naik bau serta nampak agak garing masukkan udang dan petai.
  3. bila nampak kering masukkan sedikit air agar udang dan petai masak secukupnya
  4. masukkan garam dan gula.
  5. setelah secukup rasa dan masak, hidang untuk santapan.

Mudah sekali hidangan ini di sediakan sekiranya tidak mahu letak petai pun boleh udang boleh di gantikan dengan ketam, kalau guna udang kecil tidak berapa sedap kerana ianya garing.

Harap gunakan lesung kalau guna blander berair rasanya tidak Kawwwwwwwwwwww macam guna batu lesung, sambil-sambil kita buat senaman otot lengan.

Sekian, terima kasih

Selamat mencuba

Adios

Monday, October 19, 2009

Pizza Hasil Tangan Sendiri

Sempena cuti Depavali kami tak ke mana-mana hanya di rumah...habiskan masa ngan anak....masa cuti beginilah di peruntukan sepenuhnya....dan menambah hasil lemak-lemak di badan...hahhaa

Jomlah kita main masak-masak lagi ya....kali ni kami buat Pizza Melayu namanya...hehhehe, saya memang rajin main masak-masak ni...

Bahan yang pertama sekali membuat Pizza ialah :-

Tapak Pizza atau di kenali alas Pizza atau Roti Pizza atau suka hatilah nak panggil apa...macam mana nak jadi seperti gambar di atas, inilah caranya:-

  1. 3 cawan tepung gandum putih
  2. 1/3 peket yis Maurippan
  3. 1 biji telur
  4. Secubit garam
  5. 3 sudu susu pekat
  6. 1 sudu majerin
  7. Air secukupnya

Cara nak jadikan doh tersebut:

  1. Bancuhkan yis tersebut ngan air suam kemudian tepung, garam, majerin, telur dan susu di gaul dalam satu bekas, kemudian tuang yis yang di bancuh perlahan-lahan dan masukkan air sedekit demi sedikit.
  2. Gaul adunan tersebut hingga tidak melekat di jari jemari kemudian rehatkan dalam 2 jam atau 45 minit. (Maksud tak melekat di jari tu jangan bancuh jadikan air pulak)

Nota: Di ingatkan sekali lagi ini adalah cara saya, mungkin lain ngan cara anda di luar sana..kan kata saya tak ikut buku..memang tak ikut buku pun ikut kepala saya...hehehe

Kemudian sediakan intinya..pula.... ini bahan-bahan yang saya gunakan:-

  1. Lada bagela
  2. bawang besar
  3. sosej
  4. tomato
  5. bunga kubis
  6. ayam
  7. cendawan butang
  8. tomato sos
  9. mayonis
  10. paling wajib sekali chesse, mozzarela dan cheddar tu ikut suka sebab dah ada dalam peti saya taburkan aja...
  11. senang cite apa ada dalam peti sejuk boleh bubuh atasnya...baru penuh sampai susah nak makan...hehehe

Cara nak buatnya:-

  1. Setelah doh naik 2 kali ganda, maka kita lenyekkan menjadi seperti lempeng dengan menggunakan penggelek. tak ada penggelek guna botol susu anak pun boleh janji bulat.
  2. sebelum tu panaskan oven (betul ke eje) pada darjah 180. kemudian roti tadi letakkan atas dulang pembakar, bakar doh tersebut dalam lebih kurang 15 minit.
  3. Angkat doh tersebut kemudian kita oleskan ngan sos tomato, susun bahan-bahan yang lain kemudian last sekali baru letakkan chesse.
  4. Dah siap susun cantik gitu bakar lebih kurang 30-45 minit.
  5. dah siap boleh makan ya....
Gini rupanya bila get ready nak bakar..penuhkan

Ni yang dah siap masak....


Ok kawan-kawan...kalau tak reti buat dohnya senang aja beli yang ready ada jual di TESCO tinggal isikan bahan-bahan inti kemudian bakar....

Kalau rasa susah lagi pesan aja di PIZZA HUT......bersih tapak tangan gitukan...jumpa lagi di dapur TOH PUAN BESAR SU....

Adios

Friday, October 16, 2009

Gulai Ikan Kurau Masin

Ya puan-puan dan tuan-tuan mari dekat-dekat, hari ini kita masak gulai ikan masin kurau yang di ajar ibu mertua saya.......mungkin masakan ini beza ngan orang luar di sana...tapi apa kata kita mempelajari sesuatu yang baru dalam pempertingkatkan lemak di badan...yehaaaaaaaaaaaa...

Mula-mula wajib sediakan bahan-bahan:-

Nampak tu siap ambik gambar hehehhe:-
1) 2 ulas bawang merah
2) 1 ulas bawang putih
3) 4 tangkai lada kering
4) 4 hiris lengkuas
5) 2 hiris kunyit
6) Asam keping (lupa nak ambik gambar, jangan belender pulak ya, campak aja dalam periuk)

Bahan-bahan di atas haruslah di belender kalau rajin nak buat senaman tumbuk guna lesung nak power lagi korang giling hahahha mahu makan tengah malam...

Bahan-bahan sampingan
1) 2 batang kacang panjang
2) 1/2 batang timun
3) 2 tangkai lada merah

Bahan-bahan tersebut dipotong aja macam gambar di atas, jangan korang belender pulak....huhuu

Sepekit kelapa parut, kalau nak senang beli aja santan...nak jaga badan beli santan kotak..kalau nak jaga lagi badan ko letak susu ideal (lalu tak lalu aja tekak nak telan)

Ni paling wajib ikan masin Kurau suka hati nak kepala atau badan atau tulang...wajib di rendam dahulu ngan air paip dalam masa setengah jam atau 45 minit kasi masin dia kurang sikit.....kalau tak korang makan gulai air garam...ambik mahu terus darah tinggi...

Cara-cara memasaknya:-
  1. Setelah bahan-bahan tadi di belender masukkan dalam periuk, kemudian perah santan dan rebus sehingga mendidih...kacau perlahan-lahan agar tidak pecah santan.
  2. Bila sudah mendidih masukkan ikan kering tersebut yang telah di cuci bersih, kacau perlahan-lahan hingga masak dan masukkan bahan-bahan sampingan tersebut,
  3. Masak hingga timun dan kacang panjang lembut.
  4. Sila rasa kuah tersebut, kebiasaannya tidak perlu di letakkan garam kerana semula jadi masin dari ikan tersebut.
  5. Kemudian dihidang setelah masak untuk santapan keluarga.

Oleh kerana tuan rumah begitu lapar sampai lupa nak ambik gambar hidangan yang siap di masak...jom kita makan...

Adios

Tuesday, October 6, 2009

Lepat Loi....

Para hadirin dan hadirat sekalian....berjumpa lagi kita dalam masak memasak..akhirnya saya berjaya mendapat masakan yang di beri nama "Lepat Loi" saya kurang pasti ejaannya dan sebutannya...sebab masakan ini khas dari kaum Bugis Johor......so bila raya di kampung saya makanan ini wajib ada....

Uniknya ianya berbentuk segitiga, kemudian bungkusan kecil segitiga di susun akan menjadi bentuk bulat di dalam daun pisang dan di ikat...penggunaan daun pisang amatlah penting sebab untuk jadikan bungkusan besar daun pisang di gunakan berlapis-lapis..agar bila di rebus tidak masuk air....masa rebusan memakan masa 6 hingga 8 jam untuk hasil yang baik dan ianya tahan lama untuk di simpan...

So kengkawan sekalian...silalah jamu mata jenis masakan ini....ini secara basic aja saya tahu....

Bungkusan besar

Setelah di buka bungkusan tersebut

Bentuk Segitiga

Isi dalam

Bahan utama adalah pulut.....so saya akan cuba untuk dapatkan pula masakan yang di panggil "Berasak"......

Sesiapa teringin makan boleh aja sila lawat kampung saya....hehehheheh

Adios

Friday, July 31, 2009

Cekodok Version 1

Selamat pagi semua...bersiaran kembali pada Jumaat pagi yang indah nan permai, sejuk kat luar hujan ini untuk area Shah Alam....k pagi ini kita akan membuat cekodok bagi memenuhi perut yang kosong di pagi hari....

Ni saya panggil Cekodok version 1 sebab akan ada version yang seterusnya.....

Bahan-bahan yang di pelurkan:-

Tepung Gandum guna aja jenama Tesco (gambar di sertakan di bawah)
Tepung naik sendiri atau Blue Key
Kentang
Ikan Bilis
Bawang besar
Garam
Air

Ni gambar tepung kot mana yang tak kenal heheh

Ni pula kentang, bawang besar dan ikan bilis setelah di tumbuk

Cara memasak:-
  1. Buang kulit kentang dan bawang cuci bersih hilangkan segala dakinya, kentang hendaklah di potong dadu, bawang pula potong mayang, kemudian tumbuk bilis yang telah di buang tahi dan di cuci tumbuk sampai lumat supaya bila makan tidak tercekik untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Petua untuk tumbuk bilis, hendaklah guna lesung batu supaya kita boleh kejutkan orang bangung pagi-pagi dan juga senaman membina otot tangan supaya pejal dan nampak gagah...kalau malas gunalah blender nak macam mana lagi......
  2. Masukkan bahan tersebut dalam mangkuk atau besen kecik, kemudian masukkan 2 jenis tepung tersebut beserta garam, setelah itu masukkan air sedikit demi sedikit adun hingga sebati. Jangan guna air terlalu banyak kerana tepung naik sendiri bila di goreng akan menyerap yang banyak. Bahan-bahan ini semua main agak-agak.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali kemudian goreng hingga kuning keemasan angkat dan hidangkan. Jangan terlalu banyak masukkan adunan kerana ia akan mengembang dua kali ganda....
  4. Sedia untuk di makan.
Cekodok bila di goreng dalam kuali

Siap sedia untuk di makan

Sekian masakan saya pada pagi ini, sesiapa nak cuba silalah....di ingatkan sekali lagi semua bahan main agak-agak....

Adios