Showing posts with label Adam Danish Putra. Show all posts
Showing posts with label Adam Danish Putra. Show all posts

Monday, November 29, 2010

Adam Danish Putra

Salam bersiaran kembali dari teratak comei Pn Susuna....kali ni kita cite anak teruna saya yang akan menyambut hari jadinya pada 2hb Dec...wah dah beso ya Adam...biasa soalan cepu emas bila nak bagi adik....sudah tentu soalan wajib yang akan di tanya oleh peminat...apakan daya orang glamor biasalah hahahhahahaha. Korang tanya sendirilah jawab...


Budak yang suka tido dalam khemah tapi akhir mama juga yang dok sekali dalam khemah tu....

Ni aktiviti menyepahkan umah yang wajib di buat setiap hari sebelum berangkat ke sekolah sampaikan meja pun di jadikan kereta....

Ni aksi yang tak boleh di lupakan berlaku di Tesco bila papa sarungkan topi tu dengan nada yang konfident suara yang lantang lagi bertenaga..."topi Budiman" tu nama papa ko panggil bukan topi memalukan beno...

Budak yang rajin bila cakap tak payah pegi sekolah suruh apa dia buat termasuk bersihkan lantai umah...

Sebab kuat minum susu bukan makan gula-gula gigi didapati telah berlubang jumpa doktor gigi tak takut cuma badan aja keras kejung....nasib baik doktor gigi cun gila siap papa pun nak pegi cuci gigi tiba-tiba ya....sengal..

Wajib berambut pacak kalau nak pegi sekolah. sambil layan cd minum susu dalam kete maklumlah nak sampai sekolah aja lebih kurang 40 minit...bosan.

Adam memang senang muntah memandangkan aku naik angin dia basuh muntah dia sendiri...hahahhaha tahu pun takut ngan mama ya.

Demam aku hangkut dok dalam office sian nak macam manakan...tuntutan kerja.

Tido kat tepi meja janji aku jaga depan mata dari dia dok kat nursery.


Bulan November juga bulan kami di satutkan maka kita sambutlah dengan hanya makan kek maklumlah dah berumur ni....hahahhaha


Kami doakan kebahagian kami berterusan hinggalah akhir hayat.....apa-apa pun kena happy dan bersyukur apa yang kita sudah perolehi....

Adios

Wednesday, August 4, 2010

Tadika Cahaya Taqwa

Selamat petang.....Hari ni ADP ada rombongan ke Petrosains KLCC, dah nama rombongan kan maka ngan pagi gigih kejut anak siapkan anak supaya on time sampai di sekolah. Sampai aja dah perhimpunan ingat dah nak pegi maka ramailah ibu bapa menanti bas untuk membawa kanak-kanak riang ke KLCC.

Signboard TCT

Sampai pukul 8 dah perhimpunan berkumpul sementara tunggu bas sampai, bas punyalah lambat sampai habis lagu budak-budak ni nyanyi bas tak sampai juga, 9.15 bas pun sampai, terujanya kanak-kanak melihat bas...termasuklah ADP dia memang nak sangat naik bas..muka mama pun tak hirau bila bas sampai...babai pun tidak kejamnya...huhuhu harap-harap selamat perjalanan pergi dan balik.


Masa perhimpuan dok luar ajalah mana boleh masukkan :)


Nak naik bas baik aja jalan..

Nampak aja bas dah macam anak ayam kena kejar ngan musang

Pengetua tu yang dok depan pintu mengatur budak-budak naik bas. Kebetulan pulak bas pun warna ungu sama ngan trademark TCT

ADP mendaftar di tadika ni masa pertengahan bulan 6 setelah kejadian yang trajis di alami di nurseri yg dulu...Saya sangat suka tadika ini dengan keramahan pengetuanya yang di panggil umi, umi ni sangat baik bagi aku tak tahu nak kata baik dia jenis macam mana.... persekitaran sangat bersih, penjaga semuanya orang melayu, rata-rata saya survey orang indon yang jaga...tadika ni paling murah di abad ini yang saya jumpa dari yang lain-lain...di taman sek. 6 KD ni dia ada lebih kurang 5 unit rumah di gunakan untuk TCT.

ADP pun suka tinggal di sini ramai kawan ada taman permainan, TCT ni lebih kepada ketaqwaan tu yang sangat suka. ADP dah pandai baca Fatihah, doa makan, doa naik kenderaan, nyanyi zikir, hafal ABC dan standard pembelajaran kanak-kanak yang masuk tadikalah ya...

Cepat aja masa berlalu anak saya dah nak masuk 4 tahun tahun depan 5 tahun dah besar kena sekolah betul-betul yang sekarang ni banyak main aja...mama harapa ADP menjadi anak yang bertaqwa dan berilmu menjadi anak yang berguna masa depan demi agama dan bangsa.

Skimanya entry ni hemtam ajalah....

Adios

Wednesday, May 5, 2010

Keretapi Tanah Melayu

Adam Danish Putra anak Bobiman n Susuna sibuk nak naik train...hari-hari akan follow up bila mama nak bawa naik train...dengan suara syahdunya...maka aku gagahkan kaki naik train ni masa 1 Mei 2010 dengan harapan hari cuti tak ramai orang...menuju ke rumah abang di Serendah...gempaqlah konon-konon...papa tunggu kat stesen Serendah....ngan kete. Kami pun naik train..bermulah episod naik train.....

Tapi oh tidak dah macam sardin aku rasa ngan mat bangla + indon yang kalau berbual macam pecah speaker..walaupun ada koc wanita bangla main tibai masuk bila orang terangkan buat muka blur tak faham wakakkaka aku sepak juga bangla ni....ganazssss ni ayat...aku tahulah tanpa mereka tak adalah penjanaan ekonomi...tapi tolonglah bertatasusila ya abang-abang Bangla, Indon pulak perempuan yang ramai amboi korang berborak macam tak hingat dunia....cite apa-apa ajalah....

Ni budak sengal nak naik train

Dalam train yang umpama sardin tu tak ada pun kesiankan anak comei Pn. Susuna berdirilah mamat kecik ni...nak jengah keluar pun tak dapat...minta dukung aku buat dek ajalah, gila apa aku nak dukung ko mahu kalau train tu brekkkk ngan aku tersungkur...kan jadi macam nangka busuk..

Yes...berjaya juga aku tengok pemandangan dari tingkap train

Sampailah anak aku merengek tak ada sapa peduli...sampailah satu stesen Pantai Dalam orang turun barulah dapat duduk sian anak mama ya....tulah nak sangat naik trainkan...ambik...

budak sudah bosan

Sampai KL Centrel nak tukar train punyalah lambat sebab ada projek naik taraf landasan muka dah letih tanya bila nak sampai...tergaru sana sini...dah kepenatan agaknya...tulah sibuk lagi nak naik train.....

Sekarang nampak train dah tak peduli sebab dah insaf kot tak mahu naik sebab terlalu ramai orang...orang-orang yang pelik wakakakka..Kalau tanya jom naik train dia akan jawab tak boleh ramai orang...hahhahah bagus macam ni tak letih aku...Tapi ada lagi dia nak naik plane ngan bas...nanti ku fikirkan nak ke mana ngan naik bas n plane...

Adios

Wednesday, October 14, 2009

Kehebatan Air Kepada Kanak-kanak Riang Ria

Emmm kenapa budak suka main air kan...tak kira tengah sakit ke batu ke nampak aja air nak main...ke anak saya aja macam tu?....

Main ngan abang sepupu Abang Med

Tak kiralah kat mana ada paip kat situlah korang bertafakur

Sampai gelap dah tak sudah lagi...

Macam-macam sampai jadi Ben 10 pun ada...

Maaflah budak bogel ni kalau mandi kat swimming pool aja pandai pakai sepender...tempat lain tak mahu......

Setelah puas bermain air maka dapatlah habuan iaitu semput...malam tido tertonggeng-tonggeng...kerana penat dan susah nak nafas....huhuuhuhu maka kami pun mendapat tempiasnya berjaga malam.....hureyyyyyyyyyy

Adios

Thursday, October 8, 2009

Teco teco teco (Tesco)

Malam tadi kami berumah di Tesco beli susu....Danish asal sampai Tesco aja main main main....

Masuk aja pintu Tesco tempat di tuju haruslah rak mainan dok punyalah lama pilih macam pilih sayur aja ya Danish....

Banyak-banyak masuk troli confirm bayar satu aja hahahhaha nasib baik tak ingat apa yang dia ambik janji ada satu...

Gambar ini mungkin terlalu banyak dan panjang..maaf saya kurang mahir nak jadikan ianya satu dan juga saya malas....huhuhuhu

Pilih-pilih jangan tak pilih

Campak masuk Troli ya!!

Papa pulak ajar main askar-askar....

Tapi tak berapa minat nak juga robot...

Masuk lagi troli...

Dah pening nak pilih yang mana...

Dah penat pilih mainan rembat basikal tesco kita pusing satu Tesco guna basikal kira subsidi punya...hahahha konon-konon nak beli ya...lakonan semata-mata...
Jom jalan-jalan

Laju lagi langgar semua troli...

Coner baring apa ni...

Pakai topi pun dah macam mat rap...main basikal punya pasal

Syoklah basikal free ni...hehheheh marah orang Tesco

Tesco Shah Alam mengalami perubahan sikit tempat main free dekat ngan food court dah kena bayar sekali masuk RM3.00 mahal nak mampus mainannya ciput nya...sungguh kejam Tesco....

Apa nak buat bukan semua free kat muka bumi ni, silap haribulan nak jalan kat kaki lima pun kena bayo...dah jom pi buat keje...kan bos marah terminate internet..terus tak boleh guna..kweng kweng kweng....

Adios