Thursday, February 24, 2011

Batuk Oh Batuk

Selamat pagi kawan-kawan sekalian...mari kita cerita sikit pasal batuk. Batuk ada sejenis penyakit yang tak dapat lari dari kehidupan kita seharian menyerang tak kira peringkat umur.

Begitu juga Adam sehingga saya buntu nak bagi ubat apa...maka setiap hari saya menjalankan ujikaji bagaimana untuk cara dia boleh makan coklat tapi tak batuk. Kanak-kanak sudah tentu suka makanan ringan terutama coklat. Saya selalu melarang Adam makan coklat untuk elak dia batuk, bila dah batuk melarat sampailah ke lelah tetapi sampai bila kita nak menahan dan mengelak untuk tidak merasa makanan yang mendatangkan batuk. Ini dia petua yang saya ingin kongsikan tanpa perlu mengeluarkan belanja....



Oleh itu apa yang saya buat saya membuat perjanjian Adam boleh makan coklat tapi minum air suam, makanan yang berlemak atau manis bila di makan hendaklah bersama-sama dengan air suam. Elakkan makan coklat bila malam kerana kebiasaan budak tak suka minum air suam bila malam dan kita pun dah letih nak membebel suruh dia minum so makanlah pada waktu siang.

Sekarang saya jarang berpantang makan untuk Adam kerana jalan penyelesaiannya adalah AIR SUAM sangat mudah bukan. Ajar anak kita minum air suam bila bangun tido atau pun sebelum tido, sekiranya anak anda ada tido membawa botol susu pastikan isi dengan air suam kerana kadangkala bila malam dia lalai akan menghisap botol air suam even anak anda tidak suka air tersebut. Pastikan juga dalam beg sekolah di bekalkan air suam serta kemana-mana jua anda pergi bekallah air suam ke kedai makan pun saya bekal air suam, kerana air suam di kedai makan kebiasaan di campur bersama-sama air panas dan air paip atau air panas bersama ais itu sangat bahaya.

Saya juga tidak menyimpan air sejuk dalam peti dan membuat air batu menggunakan air masak sekiranya teringin sangat nak minum minuman sejuk. Sarapan pagi juga kami tidak mengamalkan air manis atau teh, hanya hidang air suam juga lebih sihat bukan.

Orang dewasa juga perlu minum air suam yang banyak terutama perokok dan juga yang suka mengambil supplement untuk tubuh, supaya buah pinggang dapat memproses sisa-sisa yang tidak perlu dalam tubuh, jangan amalkan makan supplement tapi kurang minum air amat berbahaya untuk masa panjang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik. Ini saya perhatikan ibu mertua saya kerana dia tidak berapa suka menum air suam hanya minum air sejuk, air sejuk kebiasaan akan membekukan sisa makanan dalam tubuh bila kita makan benda yang berlemak bersama air sejuk. Ibu mertua saya juga mengambil ubat yang begitu banyak dalam sehari lebih kurang 20-30 pil untuk penyakitnya.

Sekiranya anda mengalami batuk dan sakit tekak boleh juga amalkan minum air suam sekiranya tersedar di malam hari minumlah air segelas, tapi ada yang tak suka minum air bila malam alasan malas nak bangun kencing itu terserah diri sendiri, bila bangun pagi pun begitu minum air dulu jangan berus gigi selain awek muda badan kita pun sihat. Sekiranya kita ingin membeli air di kedai pastikan kita membeli air meneral bukanya air tapisan itu lebih baik cuma mahal sikit sahaja. tapi kalau badan anda kebal dari segala penyakit atau air tapisan beruntung sudah kerana saya alah kepada air tapisan mesti kena sakit tekak, maka saya hanya membeli air meneral sahaja.

Mungkin ini semua orang dah tahu tapi saya nak share mengikut pengalaman saya sebagai ibu yang mempunyi anak lelah kadang kala kesian melihat dia tak boleh makan macam kanak-kanak lain. Sumber ini tidak di copy dari mana-mana pihak luar hanya pendapat peribadi saya maka bahasa yang digunakan pun lintang pukang.

Oleh itu jaga kesihatan kita sebaik-baiknya terutama anak kecil yang tak tahu apa-apa, bila sakit kita suakan ubat sahaja.

Selamat Mencuba.

Adios