Showing posts with label Diri aku. Show all posts
Showing posts with label Diri aku. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

Fung Sui

Ini dia aktiviti baru aku kat office belajar fung sui ngan bos...hahhaha gila gaban ni study dari susun atur perabut, kesihatan, jati diri, masa depan, fung sui ikut tarikh lahir pun ada, sahabat handai banyaklah tak terkira, terbaru kami study rupa bentuk. Memang menyeronokkan tapi percaya bolehlah sikit-sikit sebab aku takut kan terpesong pulak aku punya fikiran ni. Tapi bila ku renung kadang ada betulnya juga lagi-lagi melibatkan orang sekeliling kita or sahabat handai kita. Kadang macam tak percaya tapi berlaku depan mata, takut aku di buatnya.

Apa-apa pun berserahlah kepadaNya yang lebih mengetahui, jangan kita mudah putus asa dan bersedih apa yang berlaku. Bergembiralah apa yang kita ada sekarang dan peliharalah sebaiknya.

Beruntung aku dapat bos yang boleh masuk sekepala ni. Suka sangat sampaikan dia offer di mana saya ada di situ akan bawa aku, cuma kadang kala sengal pun ada, layankan ajalah. hureyyyyyyyyyyy nak sambung buat keje.

Adios


Thursday, October 28, 2010

Apa Yang Tersisa BuatKu

Salam semuanya...rasanya tak pernah aku buat sesi luahan hati di blog aku sendiri....sebenarnya banyak luahan tapi aku tulis aku simpan sahaja, tak pernah aku rasa nak publish. Kadang-kadang tak sampai hati takut orang terasa, tapi apakan dayaku, aku ni manusia juga punya hati dan perasaan, maybe nampak aja luarannya gagah lagi perkasa tapi dalaman ku begitu kerdil mudah berkecil hati.

Kehidupan takkan selama-lamanya bahagia dan sempurna, mungkin sudah tiba masa untuk di uji kesabaran kita menjadi mahluknya mungkin dulu kita di beri segalanya, tapi lupa masa yang akan datang ianya akan pergi meninggalkan kita, ya aku lupa, lupa akan kesusahan akan datang...dulu di tatang bagaikan minyak yang penuh, tapi masa ini ku dibuang bagaikan sampah. Hari-hari ku kenang apa yang telah aku buat sehingga hati ku di robek sebegitu, aku nampak begitu jelas sejelasnya erti sebuah kehidupan.

Kini apa yang ada hanya sebuah kenangan, kenangan yang lama semangkin ku buang jauh sebab aku tak mahu menyimpannya begitu lama, maka aku lepaskan ianya perlahan-lahan pergi meninggalkan aku, kerna aku tidak mampu untuk menyimpannya begitu lama, selagi ku simpan maka ianya memakan hati dan jiwa ku.

Pasrah apa yang di beri sudah ketentuannya, aku bisa nangis bila ku kenang, aku tidak cukup tabah bila ku ratapinya, seperti ianya semua salah ku, sudah cukup aku memahaminya, mendapinginya, mengasihinya, dan segala yang mungkin ku ingin beri, tapi inikan yang aku seharusnya ku terima sebuah penyiksaan dan derita jiwa ku.....

Tika ini warkah usang ini di taip aku pun nangis begitu cengengnya aku, aku penat...penat menanti....sebuah penantian yang tidak pasti, perlahan-lahan ku pujuk hati agar menerima ketentuannya sabar apa yang di berikannya kerana ku percaya ada balasan yang mengemberikan untuk ku.

Kini aku mampu berdiri megah kerana ku bangkit dari masa silam, terima kasih kerna memberi ku satu pengajaran yang kini ku pegang sebaik-baiknya...agar melayan manusia semuanya sama rata tidak lebih tidak kurang agar diri aku tidak sedih di perlakukan sebegitu lagi.

Akhirnya aku dapat meluahkan alhamdulillah lapang dadaku....terima kasih erti sebuah persahabatan........

Adios

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya

Wah tak sangka masa yang di nanti sudah hampir tiba....semua xcited nak raya.....2 hari sebelum raya memang rasa sangat teruja tu yang boleh di rasakan tapi tiba dah raya hati menjadi sayu...walla...malas nak cerita panjang di sini...apa-apa pun dari lubuk hati den ingin mengucapkan...

SALAM AIDIL FITRI buat semua pembaca blog di luar sana...
Maafkan saya yang comei montel ini sekiranya ada salah dan silap dalam penulisan....
Berhati-hatilah memandu....
Duit raya spend lebih sikit...dengarnya tahun ni ramai budak akan menjalankan aktiviti mengutip duit raya.....hehhehe
apa-apa pun selamatlah semuanya...

Adios

Friday, July 30, 2010

Otak Saya Blur

Makin hari makin malas...yang rajin mengulingkan diri...apa berlaku selama 31 bulanan Julai....mestilah macam-macam berlaku...sama ada baik dan buruk...kebelakang saya amat malas tahap gaban....tahap cipan....dan macam-macam tahap ada...

Betul-betul blur ni tak tahu nak karang apa...esoklah saya sambung ada aktiviti jimbaan di Berjaya Times Square...

Adios

Wednesday, June 30, 2010

Hari Ini 30hb

Hari ini genaplah setengah tahun berlalu...adakah perjuangan dan hasrat kita sudah tercapai...cepat benar masa itu berlalu...seiring juga budak genit di bawah ni...sudah pandai pakai laptop main game...siap tanya papa mana "bokban"

Sekarang dah tak bahasakan adik...panggil Adam dah tahu malu kot bila panggil adik...huhuhu hasil didikan cikgu di sekolah kot...


kerusi comei ni juga yg dia suka padahal ada meja belajar.

tekunnya mengadap laptop..gaya keunggulan...

Dah masuk 2 minggu Adam masuk sekolah...pandai tak nangis...terus aja masuk kelas...nanti saya update gambar baju sekolah ya...

Dah saya nak angkat baju hujan...
Adios


Friday, June 25, 2010

Aku Dan Handbag


Selamat petang ni kurun lama dapat tag dari Cik Puan Nur saya baru nak buat...hehhehe

Kita teruskan aja agenda yang di tag...ambil gambar bag ngan isi perutnya sekali...so inilah bahan-bahan yang ada dalam handbag saya antaranya...
  1. Beg duit..isi duit kertas ngan siling, kad bank, kad hutang, ic ngan lesen.
  2. kunci ada 4 sets..rumah, office kat Shah Alam & Sungai Buluh & kunci kereta.
  3. External hard disc, tumb drive & card reader.
  4. Buku bank tabung haji.
  5. Buku nota.
  6. video cam & camera.
  7. Name card.
  8. Botol susu & susu sebab saya travel bila balik keje anak nak susu dalam kereta.

Itu aja dalam beg saya heheh

Adios

Thursday, May 20, 2010

Ole-Ole Dari China Matahari Terbit

Setelah seminggu bepermegian...lady bos dan bos pun menjejak kaki semula ke tanah air yang di cintai....keesokan paginya sampai di office memunggah segala ole-ole untuk di bahagi sama rata dan tak rata pun ada juga....

Bangga siot dapat ole-ole...tapi korang nak tahu ole-ole ni kalau kaum cina cakap adalah makanan pemanis mulut...so ko jangan gatai mulut bos bawa balik ole-ole...kan dia jawab u mahu ole-ole panas ke sejuk...wakakkakakak
Memandangkan idea tak berapa nak ada ni...jamu ajalah mata ya....

Kipas comei untuk anak comei

Bag handphone untuk suami yang comei

Sebuku pencuci muka untuk tuan blog yang comei

Ole-Ole di gabuangkan untuk tatapan pembaca yang comei


Dah pegi sambung balik main game treasure Isle.....papai jumpa lagi di lain lembaran

Adios

Monday, May 3, 2010

Suatu Malam Di Bulan Mei

Baru sahaja selesai menonton Anugerah AIM 17, bestlah juga nasib baik ada pengacara yang paling kelakar di muka bumi ni....kalau tak mahu aku layan cite The Rock berlakon kat 413, emmmmm malam makin larut mata tak boleh nak pejam..so apa lagi jalan-jalan singgah blog orang...jalan senyap-senyap tak payah susah payah tinggalkan jejak.

Tu sudah lumrah aku malas nak tinggal jejak ni...suka-suka jalan aja....sebab aku buat blog tak ada niat apa-apa, aku yang gatal tangan nak register, sebab tu ikut suka kepala ni nak update..

Jalan punya jalan sampailah ke satu blog ni, naluri ibu dek non sapa tak sedih kisah adik Alanna...(maaf saya ambik link ni tanpa kebenaran) sampai terketar-ketar seluruh tubuh ni mengenangkan adik Alanna, saya berdoa agar adik Alanna sihat sedia kala...terlalu sedih tiap kali menatap blog tu pasti air mata akan mengalir. Kuat sungguh ujian yang Allah berikan...sesungguhnya hanya Dia yang maha mengetahui....marilah kawan-kawan sekalian yang ada terbaca blog mama Susuna kita berdoa semoga adik Alanna selamat...

Buat ibu Alanna ni aja yang mampu saya berikan secebis doa buat Alanna, semoga Allah mempermudahkan urusan kalian di masa depan untuk menjaga Alanna, Alanna ni aja yang mampu aunty berikan buat Alanna...secebis doa agar kamu di ringankan beban kesakitan serta mendapat kesihatan yang baik..Amin.

Kaku rasa tangan ini untuk meneruskan penaipan dari lubuk hati ini, banyak nak luah tapi lain kali lah ya...kan tulis semua malam ni...bulan depan tak ada story pulak...target sebulan sekali tulis tu wajib di laksanakan...

Jom layan lagu Selamat Malam oleh Faizal Tahir...dengan ini aku pun nak p belayar...

Selamat Malam 1 Malaysia,


Adios

Thursday, March 25, 2010

Baju Baru Azam Baru

Wah bersungguh-sungguh aku belajar nak tukar baju baru di blog terima kasih pada Cikgu Nur yang sudi mengajar aku lurus lagi malas nak study...wakakkakak


Bila dah baju baru dan dan masa tu juga aku rajin nak menaip isi blog...hahahhaha cuba tengok esok ya kalau aku berjaya buat entry one to jaga...

Hati aku gumbira...lalallallalalla

Adios

Aku Dan Buah

Wow mimpikan aku sedang menaip entry ke dua untuk bulan Mac.....hahaha aku tak tahu kenapa aku rajin beno ni siap ada gambar tau...jangan main-main....

Semenjak dua menjak ni aku tak lalu makan nasi waktu tengahari....tak tahu kenapa tekak ni lalu makan KFC or MCD aja...aku dah luahkan pada sahabat baik aku tu..mungkin aku kena sihir wakakkakaka..Puan Diela rakan kongsi tanam serai sekarang ni aku dengar dia ternak lebah untuk hasilkan madu...ternak pulak dalam umah canggihlah kiranya....apa ni tak ada kaitan langsung cite....

Sebenarnya nak cite pasal buah dan aku yang tak dapat di pisah sejak akhir-akhir ini sebab musababnya kenapa aku gila makan buah:-

  1. Tips nak dapat baby girl dari Puan Mimi kata makan buah n ayam banyak-banyak...(aku rasa semenjak Mimi ni bagi tips nilah aku perasan aku tak lalu makan nasi waktu lunch.
  2. Aku rasa perut aku buncit kalau budak perut buncit comel loteh ada cacing kan...takkan aku ada cacing dah tua ni...ada ke ubat cacing orang dewasa jual di pasaran tak?
  3. Kalau tak mengandung lagi pun bolehlah konon-konon perasan dietkan makan buah aja tapi bila balik umah aku makan nasi belantak macam pelarian tak dapat makan..bayangkan betapa hodoh rupa aku masa tu....
  4. Bestnya hari-hari dapat berak ngan banyaknya...wakakkaka. sila jangan muntah.
  5. Hilang sakit kepala aku kalau tak sikit-sikit sakit kepala sampai laki aku cakap tukar kepala lembu bapak aku bela kat kampung...kalau aku tukar rela ke ko tido ngan aku yang berkepala lembu....hahhahaha
Itu serba sedikit yang aku nampak bila makan buah walaupun modalnya boleh tahan mahal sikitlah dahlah aku cerewet buah pun nak memilih....hari-hari aku melantak buah ada kot 3 biji waktu aku keje aja...masuk office lepas sarapan buah sebiji aku telan...bosan-bosan layan blog dan facebook ngap sebiji lagi...petang-petang bosan lagi aku ngap lagi......sambil buat keje office pun aku boleh ngap n ngap n ngap...macam tu takkan kurus mahu gemuk tomei wakakkaka


Buah kegemaran...ranggup dan keras nasib baik gigi kukuh lagi kalau tak ompong...

Buah dan PC takkan berpisah..hidup bersama wakakka...

Mungkin kegilaan ini hanya sementara...mana tahu lepas ni aku gila nak makan madu lebah Puan Diela...(Puan Diela ko jangan lupa bagi aku sikit ya madu lebah tu) atau aku gila tak makan langsung...wah aku bayangkan bentuk badan aku masa tu kalau tak makan langsung...bak bos aku cakap tadi " Kurus sampai kering kontang" aku gelak nak aja guling-guling atas lantai....

Sekian terima kasih.....
Adios

Monday, March 15, 2010

Bulan March

Tajuk tidak semegah mana yang penting isinya...maka kini aku bertukar nama blog...tapi masih tak berjaya tukar layout...sebab kelembapan internet di pejabat...almaklumlah kat umah tak mampu nak pakai internet...wah cepatnya dah bulan 3 kan...

Adakah rancangan kita mengikut jadualnya...aku memang tak berjadual punya ikut suka nak buat apa....rasa-rasa nak tambah ahli keluarga pun boleh, nak pegi bercuti sana sinun pun boleh...aku suka ikut otak aja nak buat apa...tak ada perancangan langsung...macam mana nak berjaya kalau beginikan...entah apa aku merapu petang buta ni aku pun tak tahu...korang buat-buat tahu ajalah....

Dah lama tak tepek gambarkan...malaslah nak tepek gambar...tengoklah kalau rajin bulan April kot aku letak gambar..itu pun gambar scan baby dalam perut wakakakka...tak adalah aku tepeklah gambar anak teruna i tu Tuan beso Danish...hehehhe

Dahlah penat aku merapu...

Adios

Monday, February 22, 2010

February

Ooo tidak begitu masa bergerak dengan laju..kini kita berada di minggu terakhir bulan February...maka dengan tergopoh payah buat entry untuk bulan February...seperti yang di janjikan akan berusaha wajib membuat entry sebulan sekali...(sengal)

Bulan ini penuh dengan cuti amat menyeronokkan...kami sempat sampai ke Indonesia melawat nenek dan juga pulang ke Kelantan menjengok bapa mertua ku...Rumah itu sungguh sunyi dari hiruk pikuk dunia...amat kosong sekali..bagaimana abah menghadapi berseorangan...adakah terbayang bila kita akan tinggal sorang begitu (maka hati berdetik harap-harap aku mati dulu sebelum laki aku) atau berikrar membina rumah banglow yang besar supaya anak-anak tinggal di bawak ketiak kita sehingga kita tutup mata...dan lagi jauh aku fikir harap-harap dapat menantu yang baik budi pekerti jadi menantu sejati bukan jadi hantu...maka aku pun naik hantu kemudian hari...wakakaka...

Oh dunia sudah tua...masa beredar begitu cepat...rasa takut menghantui diri ini..semenjak kepulangan umi kepada penciptanya...hari-hari aku terkanang perjalanan hidup ini...kenapa aku pun tidak mengerti...maka aku jadi budak baik seketika konon insaf tak lawan kata suami jadi ibu bercakap lemah lembut ngan anak...tapi anak buat perangai maka aku jadi dainesor nak telan makanan...eeeeeeeeee aku buntu..bila malam aku tersedar 3 atau 4 pagi...aku jadi takut sekali...

Maka aku rasa bersyukur.....masih bernyawa dan perlu teruskan hidup ini....marilah kita sama-sama renungkan perjalan hidup ini..untuk lebih menjadi baik dan moga sempurna amal jariah yang kita buat....

Hari ini aku menjadi entah aku pun tak tahu..kenapa aku boleh tulis begini..luahan rasa aku yang kadang-kadang nampak alim dan kadang-kadang nampak sungguh bengong...

Pegi buat keje....kan bos marah hehehhehe dosa siot curi tulang tulis entry blog kat office (itu akulah)

Adios

Monday, January 4, 2010

Aku Dah Ada Facebook

Penat aja aku taip tadi cisssssss hilang pulak...idea bernas aku...

Takpalah aku buat ayat shortcut...aku dah ada Facebook belah kanan..menampakkan kemajuan aku yang sedia ada.... dan aku rasa nak update blog sebulan sekali cukup tahun ada 12 entry hahaha orang lain beratus-ratus..aku belas-belas aja azam baru sangatlah ni.....

Mulain sekarang aku akan guna bahasa pasar gitu harap maklummmmmmmm

OLLLLLLLLLLLLLAAAAAAAA

Adios

Thursday, December 3, 2009

Kacang Cap Jempol

Mari dekat-dekat kakak, adik, makcik, pakcik, atuk, nenek, nyonya, apek, amoi banyak gila pulak nak tulis semua umat manusialah kiranya, umat binatang tumbuhan korang dengar ajalah baca tak bolehkan.....

Ni nak cite kehebatan kacang cap jempol ni kira macam setanding minum kacip fatimah ngan tongkat ali kiranya....hahhaha bila makan syoknya macam mendapat satu tenaga yang luar biasa.....

Saya memang hantu kacang, bak kata orang di luar sana kalau makan kacang muka tak licinkan dan keluar jerawat tapi saya hentam sajalah memang muka tak licin pun nak buat macam mana lagikan..

Mari saya senaraikan serba sedikit kerja-kerja sambilan yang boleh di buat apabila kita makan kacang.....

Tak lain tak bukan melayan blog...

Main YM ni lagi saya gila dibuatnya, orang berwajib sahaja yang tahu kenapa saya nak gila guna YM

Cite punya cite saya tak cite pun kacang apa saya makan kan..silalah rujuk gambar di bawah ya, nilah salah satu kacang kesukaan saya. Ni nak bagi satu petua buat ibu-ibu mengandung ni saya dapat banyak jugalah sumber yang menyatakan jangan makan kacang parang bila mengandung kelak anak kita begitu hyperaktif...betul atau tidak saya pun kurang pasti ....hehehhehe


Nilah kacang cap jempol kegemarannya...

Sebenarnya Jempol tu ialan ibu jari kita dalam bahasa jawa...saja panggil kacang ni cap Jempol tengok aja logo kacang tersebut dia kan tunjuk ibu jari tak ke gitu.....hehhehe sapa terkena angkat tangan...kweng kweng kweng....

Tak lupa layan facebook sekali..kan mati tanaman....

Farmville ni memang kegilaan ramai...sampaikan yang nak beranak pun ingat pasal tanaman...korang pun bukan tak tahu kan....hehehhe takpayah tersipu-sipu senyum.....saya dah tahu....tah-tah tengah baca blog ni pun sempat lagi pegi bercucuk tanam...dah jom pi berkebun.....

Adios




Friday, November 13, 2009

Jumaat Yang Indah

Hai semuanya...maaflah dah lama saya tak buat coretan...saya sedang mengalamai masalah mental, fizikal, spritual, zahir dan batin...ambik ko tangkap borong sekali...banyak masalah tengah berlegar-legar dalam kepala otak saya...saya mohon di Jumaat yang mulia ini di buka pintu rezeki untuk semua umah manusia sekalian..Amin...

Tak sangka dah nak hujung tahun...semoga perjalan hidup ini di berkati dan di mudahkan...awat aku ni macam nak berceramah pulak...

Oklah nanti mana tahu datang idea aku tumpahkan kat blog ni...

Pesanan pada Siah dan juga Yaya bila ko nak update ni lotih aku tungguuuuuuuu...kan berjanggut pulak aku punya dagu...

Adios

Wednesday, November 4, 2009

Hilang Arah

Cuba tengok penuh no tel.....hahaha aku tengah cari bekas-bekas boyfriend aku yang hilang tah ke manaaaaaaaaaaaaaa.......

Sila abaikan tulisan kedoktoran itu....

Adios

Otak Berhenti Menjana

Ooooooo baru perasan tak buat lagi entry one two jaga...hahahha sekarang otak saya sangat susah nak jana buah fikiran...blog ini akan sepi buat seketika haram maklum.....
Oleh kerana saya jadi bengong sampaikan botol air anak pun saya guna kat office.....

Adios

Thursday, October 22, 2009

Adakah Lupa atau "M"

oooo tidak semalam tak update....apa aku buat ya semalam....nanti kejap saya update ya nak cari gambar dulu...huhuhuhu tunggulah ya kawan-kawan sekalian.....cuma di kuatiri sakit kronik saya menyerang kembali...lain tidak bukan "MALAS"

Tuesday, October 20, 2009

Apa Yang Indah Bila Malam Menjelama

Akhirnya dapat juga update....

Marilah kita bercerita....kerana saya kini gigih mengupdate blog maka malam tadi saya telah mendapat mimpi yang amat menakjubkan...hahahha saya balik kampung pegi kebun ibubapa saya...kat kebun penuh buah rambutan sedapnya...jalan punya jalan masa tu jumpalah harimau, tapir dan memerang...so cepat-cepat ambik gambar ni....sebab nak tepek kat blog....punyalah siang malam berfikir nak cite apa kat blog...sampai masuk dalam mimpi...

Hari ini memang kering idea..tapi nak juga update dah niat dan iktikad ni kalau boleh nak update hari-hari kecuali Sabtu dan Ahad sebab cuti umum.....


Bestnya tido

Ni gambar saya masa bujang dulu putih berseri sekarang tidak lagi setelah mengusahan ladang serai maka kulit pun jadi gelap....tapi fikir punya fikir lah gambar ni pun mimpi juga....saya taklah seayu gambar tu tapi dah nak serupa sikitlah...tang tido...hahhaha

Dah lotih aku naik baran hari ini internet tak boleh guna sepantas kilat...hanya seperti siput terkodok-kodok.....


Adios

Friday, October 2, 2009

Raya ke-2

Wah cite raya lagi tak habis apa....ni nak cite anak buah saya gila naik "Jijiban" ni anak buah saya panggil mesen ni Jijiban..entah mana dapat pun tak tahu..mesen ni pun saya tak tahu panggil apa...hahahhahah.....

Danish punyalah xcited nak naik sebab dok umah tinggi manalah pernah tengok benda-benda ni...hahahha jakunlah kejap.....

Xcited tak terkata....

Budak moto depan tu atuk tiri Danish...muda gila.....

Budak baju belang-belang tu anak buah saya namanya Aiman...tu ayah Aiman...

Aiman tak kisah....Peace....

Bestnya naik mesen ni...hahah betul-betul tak ingat apa nama mesen ni...otak tengah tepu ni...

Main bola pulak..lepas turun dari mesen Jijiban...

Yang sorang memang pakar main bola....apa lagi kejar cepat....

ada lagi...peace aja ya...


Seronokkan balik kampung....cepatlah Depavali nak sambut kat kampung ni....hehehhehe

Takut pun ada dok diam aja ya...Aiman dia terror siap boleh handle stereng mesen tu...hahahha

Macam best aja kan... hahaha...saya pun tak pernah naik...mesen ni bapak saya guna ambik rumput lembu..punggah sawit....dan entah apa lagi dia guna....punggah sekali mak saya balik dari kebun...kweng kweng kweng...

Kita pun buat kuiz ya tak, sapa yang tahu mesen ni di panggil apa silalah tinggalkan komen anda...saya ada hadiah nak bg ni sapa yang teka tepat...bukan sipi-sipi tau...

Adios