Friday, October 16, 2009

Gulai Ikan Kurau Masin

Ya puan-puan dan tuan-tuan mari dekat-dekat, hari ini kita masak gulai ikan masin kurau yang di ajar ibu mertua saya.......mungkin masakan ini beza ngan orang luar di sana...tapi apa kata kita mempelajari sesuatu yang baru dalam pempertingkatkan lemak di badan...yehaaaaaaaaaaaa...

Mula-mula wajib sediakan bahan-bahan:-

Nampak tu siap ambik gambar hehehhe:-
1) 2 ulas bawang merah
2) 1 ulas bawang putih
3) 4 tangkai lada kering
4) 4 hiris lengkuas
5) 2 hiris kunyit
6) Asam keping (lupa nak ambik gambar, jangan belender pulak ya, campak aja dalam periuk)

Bahan-bahan di atas haruslah di belender kalau rajin nak buat senaman tumbuk guna lesung nak power lagi korang giling hahahha mahu makan tengah malam...

Bahan-bahan sampingan
1) 2 batang kacang panjang
2) 1/2 batang timun
3) 2 tangkai lada merah

Bahan-bahan tersebut dipotong aja macam gambar di atas, jangan korang belender pulak....huhuu

Sepekit kelapa parut, kalau nak senang beli aja santan...nak jaga badan beli santan kotak..kalau nak jaga lagi badan ko letak susu ideal (lalu tak lalu aja tekak nak telan)

Ni paling wajib ikan masin Kurau suka hati nak kepala atau badan atau tulang...wajib di rendam dahulu ngan air paip dalam masa setengah jam atau 45 minit kasi masin dia kurang sikit.....kalau tak korang makan gulai air garam...ambik mahu terus darah tinggi...

Cara-cara memasaknya:-
  1. Setelah bahan-bahan tadi di belender masukkan dalam periuk, kemudian perah santan dan rebus sehingga mendidih...kacau perlahan-lahan agar tidak pecah santan.
  2. Bila sudah mendidih masukkan ikan kering tersebut yang telah di cuci bersih, kacau perlahan-lahan hingga masak dan masukkan bahan-bahan sampingan tersebut,
  3. Masak hingga timun dan kacang panjang lembut.
  4. Sila rasa kuah tersebut, kebiasaannya tidak perlu di letakkan garam kerana semula jadi masin dari ikan tersebut.
  5. Kemudian dihidang setelah masak untuk santapan keluarga.

Oleh kerana tuan rumah begitu lapar sampai lupa nak ambik gambar hidangan yang siap di masak...jom kita makan...

Adios

2 comments:

  1. tulah pasal.ada ke patut gambar utama x di ambik.mana nak tau menda tu masak dah ke,or rentung ke.mana rupa pun x tau.kot2 nampak x sedap.hahahha

    ReplyDelete
  2. Cis siapakan gerangan yang berkata-kata itu, kalau rentung tak makanlah kami...tengoklah keluarga kami yang sihat-sihat belaka akibat hidangan yang enak lagi lazat....huhuh kalau kami tak pandai masak sudah tentu kami kurus melidi...yehaaaaaaaa

    Tuan blog jawab

    ReplyDelete