Thursday, December 3, 2009
Kacang Cap Jempol
Friday, November 13, 2009
Jumaat Yang Indah
Tak sangka dah nak hujung tahun...semoga perjalan hidup ini di berkati dan di mudahkan...awat aku ni macam nak berceramah pulak...
Oklah nanti mana tahu datang idea aku tumpahkan kat blog ni...
Pesanan pada Siah dan juga Yaya bila ko nak update ni lotih aku tungguuuuuuuu...kan berjanggut pulak aku punya dagu...
Adios
Friday, November 6, 2009
Udang Berlada Petai
I LOVE makan-makan n masak-masak...tak ke gitu
- ulas bawang merah (tumbuk guna lesung)
- 1 ulas bawang putih (tumbuk guna lesung)
- seinci halia (tumbuk guna lesung)
- seinci kunyit (tumbuk guna lesung)
- segenggam lada cili / cili padi (nak pedas letak banyak-banyak) (tumbuk guna lesung)
- sebatang serai peha ayam yang cukup montot, kalau kurus letak 2 batang (dititik)
- garam
- gula
- Udang segar kalau boleh yang memang cukup besar / udang galah
- Petai
- minyak
Cara memasak:-
- Bahan-bahan asas ditumbuk hingga lumat kemudian panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tersebut serta serai sekali.
- bila ianya naik bau serta nampak agak garing masukkan udang dan petai.
- bila nampak kering masukkan sedikit air agar udang dan petai masak secukupnya
- masukkan garam dan gula.
- setelah secukup rasa dan masak, hidang untuk santapan.
Mudah sekali hidangan ini di sediakan sekiranya tidak mahu letak petai pun boleh udang boleh di gantikan dengan ketam, kalau guna udang kecil tidak berapa sedap kerana ianya garing.
Harap gunakan lesung kalau guna blander berair rasanya tidak Kawwwwwwwwwwww macam guna batu lesung, sambil-sambil kita buat senaman otot lengan.
Sekian, terima kasih
Selamat mencuba
Adios
Wednesday, November 4, 2009
Hilang Arah
Otak Berhenti Menjana
Monday, October 26, 2009
Selamat Hari Jadi......
Tanah pun kering kontang....emmm
Keringnya kebun ku..bila nak hujan ni....
Thursday, October 22, 2009
TRY 100 PLUS & WATER - NOT PANADOL
Adakah Lupa atau "M"
Tuesday, October 20, 2009
Apa Yang Indah Bila Malam Menjelama
Monday, October 19, 2009
Pizza Hasil Tangan Sendiri
Bahan yang pertama sekali membuat Pizza ialah :-
Tapak Pizza atau di kenali alas Pizza atau Roti Pizza atau suka hatilah nak panggil apa...macam mana nak jadi seperti gambar di atas, inilah caranya:-
- 3 cawan tepung gandum putih
- 1/3 peket yis Maurippan
- 1 biji telur
- Secubit garam
- 3 sudu susu pekat
- 1 sudu majerin
- Air secukupnya
Cara nak jadikan doh tersebut:
- Bancuhkan yis tersebut ngan air suam kemudian tepung, garam, majerin, telur dan susu di gaul dalam satu bekas, kemudian tuang yis yang di bancuh perlahan-lahan dan masukkan air sedekit demi sedikit.
- Gaul adunan tersebut hingga tidak melekat di jari jemari kemudian rehatkan dalam 2 jam atau 45 minit. (Maksud tak melekat di jari tu jangan bancuh jadikan air pulak)
Nota: Di ingatkan sekali lagi ini adalah cara saya, mungkin lain ngan cara anda di luar sana..kan kata saya tak ikut buku..memang tak ikut buku pun ikut kepala saya...hehehe
Kemudian sediakan intinya..pula.... ini bahan-bahan yang saya gunakan:-
- Lada bagela
- bawang besar
- sosej
- tomato
- bunga kubis
- ayam
- cendawan butang
- tomato sos
- mayonis
- paling wajib sekali chesse, mozzarela dan cheddar tu ikut suka sebab dah ada dalam peti saya taburkan aja...
- senang cite apa ada dalam peti sejuk boleh bubuh atasnya...baru penuh sampai susah nak makan...hehehe
Cara nak buatnya:-
- Setelah doh naik 2 kali ganda, maka kita lenyekkan menjadi seperti lempeng dengan menggunakan penggelek. tak ada penggelek guna botol susu anak pun boleh janji bulat.
- sebelum tu panaskan oven (betul ke eje) pada darjah 180. kemudian roti tadi letakkan atas dulang pembakar, bakar doh tersebut dalam lebih kurang 15 minit.
- Angkat doh tersebut kemudian kita oleskan ngan sos tomato, susun bahan-bahan yang lain kemudian last sekali baru letakkan chesse.
- Dah siap susun cantik gitu bakar lebih kurang 30-45 minit.
- dah siap boleh makan ya....
Friday, October 16, 2009
Gulai Ikan Kurau Masin
Nampak tu siap ambik gambar hehehhe:-
1) 2 ulas bawang merah
2) 1 ulas bawang putih
3) 4 tangkai lada kering
4) 4 hiris lengkuas
5) 2 hiris kunyit
6) Asam keping (lupa nak ambik gambar, jangan belender pulak ya, campak aja dalam periuk)
Bahan-bahan di atas haruslah di belender kalau rajin nak buat senaman tumbuk guna lesung nak power lagi korang giling hahahha mahu makan tengah malam...
Bahan-bahan sampingan
1) 2 batang kacang panjang
2) 1/2 batang timun
3) 2 tangkai lada merah
Ni paling wajib ikan masin Kurau suka hati nak kepala atau badan atau tulang...wajib di rendam dahulu ngan air paip dalam masa setengah jam atau 45 minit kasi masin dia kurang sikit.....kalau tak korang makan gulai air garam...ambik mahu terus darah tinggi...
Cara-cara memasaknya:-
- Setelah bahan-bahan tadi di belender masukkan dalam periuk, kemudian perah santan dan rebus sehingga mendidih...kacau perlahan-lahan agar tidak pecah santan.
- Bila sudah mendidih masukkan ikan kering tersebut yang telah di cuci bersih, kacau perlahan-lahan hingga masak dan masukkan bahan-bahan sampingan tersebut,
- Masak hingga timun dan kacang panjang lembut.
- Sila rasa kuah tersebut, kebiasaannya tidak perlu di letakkan garam kerana semula jadi masin dari ikan tersebut.
- Kemudian dihidang setelah masak untuk santapan keluarga.
Oleh kerana tuan rumah begitu lapar sampai lupa nak ambik gambar hidangan yang siap di masak...jom kita makan...
Adios
Thursday, October 15, 2009
Raja Buah
Di sini saya ingin tanya sapa-sapa ada pernah jumpa pokok Durian di bawah ni, bagi saya ianya sungguh pelik....
Wednesday, October 14, 2009
Bedah Pasan (Sya)
Hahahhaha ko takat tulis kat Facebook aku siap kat blog up sikit dari ko..kweng kweng kweng...kan cakap besar kan kena balik...takpa-takpa aku masih seorang yang merendah diri...dan sememangnya aku pun rendah....
Kehebatan Air Kepada Kanak-kanak Riang Ria
Tak kiralah kat mana ada paip kat situlah korang bertafakur
Sampai gelap dah tak sudah lagi...Macam-macam sampai jadi Ben 10 pun ada... Maaflah budak bogel ni kalau mandi kat swimming pool aja pandai pakai sepender...tempat lain tak mahu......
Tuesday, October 13, 2009
Apa ada di Kampung halaman?
Saya suka balik kampung kat Johor boleh melihat pemandangan hijau....berkebun sayur....terus rasa nak balik kampung pulak...
Ibu saya menyahut seruan kerajaan tanam sayur sendiri di rumah....
Pokok Pisang pun gemuk-gemuk...
Monday, October 12, 2009
Serai Kami Jadi Semak dan Samun....
Laju aja kalau cite pasal Dapi...heheh dah jom tengok semak samun pulak...korang ni bukan nak hayati pasal serai...kui kui kui...
Ni kalau serai best juga ni rumput....panggil lembu pun tak mahu keras...nak kunyah... Ada rezeki buah juga akhirnya pokok durian ni..siapa cepat dia dapat ya..
Ni sesumpah jinak, siap posing nak ambik gambar...suruh senyum tak mahu pulak buat muka serius aja...gasaklah janji ko nak bergambar..