Tuesday, July 28, 2009

Pejabat kata pegi rumah kata mari....

Hari ini baru hari Selasa lamanya nak sampai Jumaat....bestnya golek-golek kat rumah.....agak-agak ada sesiapa yang suka di pejabat dari rumah....nak buat apa lagi hari ini...dah katam main game sudah....mesti pelik aku main game aja kejenya....hahahaha.....jomlah layan gambar hari jadi anak buah aku....kami buat kat padang Shah Alam belakang masjid...syokkan kat situ....

Itulah rutin kami kalau hujung minggu habiskan masa di padang main bola kan ramai orang kat situ bila hujung minggu...main badminton..bola...lari-lari....kebanyakan keluarga membawa anak beranak mereka untuk bersantai ... yang paling kelakar kalau pasangan cintan cintun sama-sama menyelit kat orang yang bekeluarga..almaklumlah tak mahu kena tegur pak imam...heheh...

Padang ni siap ada orang main golf sengal tak korang sekali tu adalah pasangan ni main golf tengah bersesak budak-budak nak main bola apa lagi bola golf dia orang pun sekali budak-budak tendang padan muka poya sangat main golf...pegilah padang golf tu apa kehallah nak bersesak sama kat padang budak-budak.....

Kami sekelurga suka datang ke sini sambil ambik angin...kasi anak lari sana sini...sukalah budak-budak....bila lagi nak habiskan masa bersama-sama anak kita dahlah keje sehari 9-10 jam keje 5 hari seminggu ada pulak sampai 6 hari...macam aku pulak Ahad nak ke kebun lagi...so nilah masa terluang wajib di gunakan untuk bersama-sama anak-anak kita....

Kadang-kadang kami berkelah kat tasik Shah Alam....aku suka begini dari pegi masuk pusat beli belah...penat nak bertawaf takkan datang nak duduk aja kejenya apahal pulakkan....kami suka tempat yang memberi ketenangan...lagi-lagi bersama suami comel dan anak comel aku...hahhahah dahlah letih bebel...layanlah gambar ni sama ada ianya berkaitan ngan tajuk atau cerita ini layan ajalah ya...kalau tak letak gambar ada orang tak mahu baca.....heheheh

Sedapkan kek ini...

Sedia tiup lilin....

Tak sabar nak tiup ni....

P/S: Sayangilah keluarga anda dapatkan masa yang berkualiti untuk keluarga bagi menjamin kesejahteraan bersama..pesanan dari penaja...


Adios

No comments:

Post a Comment