Monday, November 29, 2010

Adam Danish Putra

Salam bersiaran kembali dari teratak comei Pn Susuna....kali ni kita cite anak teruna saya yang akan menyambut hari jadinya pada 2hb Dec...wah dah beso ya Adam...biasa soalan cepu emas bila nak bagi adik....sudah tentu soalan wajib yang akan di tanya oleh peminat...apakan daya orang glamor biasalah hahahhahahaha. Korang tanya sendirilah jawab...


Budak yang suka tido dalam khemah tapi akhir mama juga yang dok sekali dalam khemah tu....

Ni aktiviti menyepahkan umah yang wajib di buat setiap hari sebelum berangkat ke sekolah sampaikan meja pun di jadikan kereta....

Ni aksi yang tak boleh di lupakan berlaku di Tesco bila papa sarungkan topi tu dengan nada yang konfident suara yang lantang lagi bertenaga..."topi Budiman" tu nama papa ko panggil bukan topi memalukan beno...

Budak yang rajin bila cakap tak payah pegi sekolah suruh apa dia buat termasuk bersihkan lantai umah...

Sebab kuat minum susu bukan makan gula-gula gigi didapati telah berlubang jumpa doktor gigi tak takut cuma badan aja keras kejung....nasib baik doktor gigi cun gila siap papa pun nak pegi cuci gigi tiba-tiba ya....sengal..

Wajib berambut pacak kalau nak pegi sekolah. sambil layan cd minum susu dalam kete maklumlah nak sampai sekolah aja lebih kurang 40 minit...bosan.

Adam memang senang muntah memandangkan aku naik angin dia basuh muntah dia sendiri...hahahhaha tahu pun takut ngan mama ya.

Demam aku hangkut dok dalam office sian nak macam manakan...tuntutan kerja.

Tido kat tepi meja janji aku jaga depan mata dari dia dok kat nursery.


Bulan November juga bulan kami di satutkan maka kita sambutlah dengan hanya makan kek maklumlah dah berumur ni....hahahhaha


Kami doakan kebahagian kami berterusan hinggalah akhir hayat.....apa-apa pun kena happy dan bersyukur apa yang kita sudah perolehi....

Adios

Thursday, October 28, 2010

Apa Yang Tersisa BuatKu

Salam semuanya...rasanya tak pernah aku buat sesi luahan hati di blog aku sendiri....sebenarnya banyak luahan tapi aku tulis aku simpan sahaja, tak pernah aku rasa nak publish. Kadang-kadang tak sampai hati takut orang terasa, tapi apakan dayaku, aku ni manusia juga punya hati dan perasaan, maybe nampak aja luarannya gagah lagi perkasa tapi dalaman ku begitu kerdil mudah berkecil hati.

Kehidupan takkan selama-lamanya bahagia dan sempurna, mungkin sudah tiba masa untuk di uji kesabaran kita menjadi mahluknya mungkin dulu kita di beri segalanya, tapi lupa masa yang akan datang ianya akan pergi meninggalkan kita, ya aku lupa, lupa akan kesusahan akan datang...dulu di tatang bagaikan minyak yang penuh, tapi masa ini ku dibuang bagaikan sampah. Hari-hari ku kenang apa yang telah aku buat sehingga hati ku di robek sebegitu, aku nampak begitu jelas sejelasnya erti sebuah kehidupan.

Kini apa yang ada hanya sebuah kenangan, kenangan yang lama semangkin ku buang jauh sebab aku tak mahu menyimpannya begitu lama, maka aku lepaskan ianya perlahan-lahan pergi meninggalkan aku, kerna aku tidak mampu untuk menyimpannya begitu lama, selagi ku simpan maka ianya memakan hati dan jiwa ku.

Pasrah apa yang di beri sudah ketentuannya, aku bisa nangis bila ku kenang, aku tidak cukup tabah bila ku ratapinya, seperti ianya semua salah ku, sudah cukup aku memahaminya, mendapinginya, mengasihinya, dan segala yang mungkin ku ingin beri, tapi inikan yang aku seharusnya ku terima sebuah penyiksaan dan derita jiwa ku.....

Tika ini warkah usang ini di taip aku pun nangis begitu cengengnya aku, aku penat...penat menanti....sebuah penantian yang tidak pasti, perlahan-lahan ku pujuk hati agar menerima ketentuannya sabar apa yang di berikannya kerana ku percaya ada balasan yang mengemberikan untuk ku.

Kini aku mampu berdiri megah kerana ku bangkit dari masa silam, terima kasih kerna memberi ku satu pengajaran yang kini ku pegang sebaik-baiknya...agar melayan manusia semuanya sama rata tidak lebih tidak kurang agar diri aku tidak sedih di perlakukan sebegitu lagi.

Akhirnya aku dapat meluahkan alhamdulillah lapang dadaku....terima kasih erti sebuah persahabatan........

Adios

Wednesday, October 20, 2010

Ketupat Sotong

Gambar ni aku rembat dari gooooogle aja....

Salam Rabu.....cepat aja masa berlalu ni nak masuk hujung minggu....aku juga yang kotak katik nak menaip entry one to jaga. Oleh itu mari kita main masak-masak lagi versi toh puan Susuna...aceh...macam biasa sukatan tidak di berikan...so pandai-pandailah sapa yang nak buat tu ya, Biasanya kalau pakai agak-agaknya ni masakannya lagi mantop....yehaaaaa..dari membebel panjang mari kita teruskan agenda kita...

Bahan-Bahan:-

  1. Sotong kalau boleh dalam ukuran 6 inci sebab bila di rebus akan mengecut.
  2. Pulut
  3. Santan
  4. Gula melaka
  5. Daun pandan
  6. Pencungkil gigi
  7. Garam
Cara memasaknya:-

  1. Bersihkan sotong kasi mandi wangi-wangi...jangan pulak ko sabun ya...kan mabuk masuk hospital gua tak tanggung.
  2. Rendam pulut bersama sedikit santan dan letakkan sedikit garam secukup rasa dalam lebih kurang 10 minit.
  3. Kemudian ambik sotong sumbat dengan pulut sampai separuh badan sotong, masukkan kepala sotong dan pinkan dengan pencungkil gigi...agak-agak ko malas stepler pun boleh...kalau tertelan stepler tu kira rezekilah tu...hehehhehe.
  4. Dah siap susun comei-comei dalam periuk masukkan santan sederhana cair sampai tenggelam sotong tu ke dasar periuk...lebih santan pun takpa nanti dia pekat dan adalah kuah nak makan.
  5. Masukkan gula beserta daun pandan dan garam untuk menaikkan rasa makanan tu lebih UMPPPPPP.
  6. Kacau jangan sampai pecah minyak.....kalau pecah minyak kan jadilah sotong goreng pulak dalam tu...hehehhe
  7. Nak tahu dah masak sotong menjadi kecil dan gemuk-gemuk perut dia...sebab pulut dah kembang...bolehlah di hidangkan pada tetamu.
Ni ketupat versi kakak ipar aku dari Ganu yang ajar.....so jangan samakan cara aku memasak dengan orang lain...sekurang-kurangnya aku belajar untuk merasainya....

Akhirnya aku belajar juga buat heehhe di sebabkan susah nak dapat hidangan ini di pasaran...dan kenangan aku yang pahit bersama si ketupat sotong...walllaaaaaaaaaaa

Terima Kasih En. Bobiman dengan ucapan dan kata-kata aluan semasa memakan ketupat sotong..akan mama Susuna buat lagi..jangan risau...janji perut u penuh dengan masakan dari air tangan i ni ya.....

* Punya melantak laki bini tak hingat dunia maka gambar sebenar tidak dapat di sertakan. Kesulitan amat di kesali.

Sekian terima kasih

Adios



Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya

Wah tak sangka masa yang di nanti sudah hampir tiba....semua xcited nak raya.....2 hari sebelum raya memang rasa sangat teruja tu yang boleh di rasakan tapi tiba dah raya hati menjadi sayu...walla...malas nak cerita panjang di sini...apa-apa pun dari lubuk hati den ingin mengucapkan...

SALAM AIDIL FITRI buat semua pembaca blog di luar sana...
Maafkan saya yang comei montel ini sekiranya ada salah dan silap dalam penulisan....
Berhati-hatilah memandu....
Duit raya spend lebih sikit...dengarnya tahun ni ramai budak akan menjalankan aktiviti mengutip duit raya.....hehhehe
apa-apa pun selamatlah semuanya...

Adios

Wednesday, August 4, 2010

Tadika Cahaya Taqwa

Selamat petang.....Hari ni ADP ada rombongan ke Petrosains KLCC, dah nama rombongan kan maka ngan pagi gigih kejut anak siapkan anak supaya on time sampai di sekolah. Sampai aja dah perhimpunan ingat dah nak pegi maka ramailah ibu bapa menanti bas untuk membawa kanak-kanak riang ke KLCC.

Signboard TCT

Sampai pukul 8 dah perhimpunan berkumpul sementara tunggu bas sampai, bas punyalah lambat sampai habis lagu budak-budak ni nyanyi bas tak sampai juga, 9.15 bas pun sampai, terujanya kanak-kanak melihat bas...termasuklah ADP dia memang nak sangat naik bas..muka mama pun tak hirau bila bas sampai...babai pun tidak kejamnya...huhuhu harap-harap selamat perjalanan pergi dan balik.


Masa perhimpuan dok luar ajalah mana boleh masukkan :)


Nak naik bas baik aja jalan..

Nampak aja bas dah macam anak ayam kena kejar ngan musang

Pengetua tu yang dok depan pintu mengatur budak-budak naik bas. Kebetulan pulak bas pun warna ungu sama ngan trademark TCT

ADP mendaftar di tadika ni masa pertengahan bulan 6 setelah kejadian yang trajis di alami di nurseri yg dulu...Saya sangat suka tadika ini dengan keramahan pengetuanya yang di panggil umi, umi ni sangat baik bagi aku tak tahu nak kata baik dia jenis macam mana.... persekitaran sangat bersih, penjaga semuanya orang melayu, rata-rata saya survey orang indon yang jaga...tadika ni paling murah di abad ini yang saya jumpa dari yang lain-lain...di taman sek. 6 KD ni dia ada lebih kurang 5 unit rumah di gunakan untuk TCT.

ADP pun suka tinggal di sini ramai kawan ada taman permainan, TCT ni lebih kepada ketaqwaan tu yang sangat suka. ADP dah pandai baca Fatihah, doa makan, doa naik kenderaan, nyanyi zikir, hafal ABC dan standard pembelajaran kanak-kanak yang masuk tadikalah ya...

Cepat aja masa berlalu anak saya dah nak masuk 4 tahun tahun depan 5 tahun dah besar kena sekolah betul-betul yang sekarang ni banyak main aja...mama harapa ADP menjadi anak yang bertaqwa dan berilmu menjadi anak yang berguna masa depan demi agama dan bangsa.

Skimanya entry ni hemtam ajalah....

Adios

Monday, August 2, 2010

Cenkodok Durian

Cenkodok datang lagi...so petang yang damai sedap kiranya ada acara minum petang maka kita buat cenkodok durian versi umi ajar.....

Mari kita teruskan acara masak memasak ini:-

Bahan-bahannya:-
  1. Durian di buang biji
  2. Tepung naik sendiri Blue Key
  3. Garam secukup rasa
  4. Air
  5. Minyak untuk mengoreng
Cara membuatnya:-

  1. Durian di buang biji dah di lenyek jangan kasi berketul-ketul.
  2. Bancuh tepung berserta garam dan air bancuh hingga likat
  3. Bulatkan isi duria menggunakan sudu letakkan di tengah-tengah aduan tepung dan balut dengan adunan tepung refer gambarajah 3.
  4. Minyak di panaskan atas kuali kemudian goreng hingga warna keemasan.
  5. Hidangkan dan boleh di makan.

1.Durian tanpa biji

2.Aduan tepung begini likatnya

3. Jadikan dia begini sebelum di gorang

4. Siap di goreng nampakkan durian di tengah-tengah tepung

Dah siap begitulah cenkodok durian versi umi saya...semua bahan adalah main agak-agak...selamat mencuba.

Adios

Friday, July 30, 2010

Otak Saya Blur

Makin hari makin malas...yang rajin mengulingkan diri...apa berlaku selama 31 bulanan Julai....mestilah macam-macam berlaku...sama ada baik dan buruk...kebelakang saya amat malas tahap gaban....tahap cipan....dan macam-macam tahap ada...

Betul-betul blur ni tak tahu nak karang apa...esoklah saya sambung ada aktiviti jimbaan di Berjaya Times Square...

Adios