Friday, December 31, 2010

31 Dec 2010

Alhamdulillah masih bernafas lagi di muka bumi ini....kita sampai di penghujung tahun 2010 dan mengalu-alukan 2011...Tahniah pemain bola sepak Malaysia kerana anda semua kami dapat cuti hari ini...oklah saya nak berehat sebab dah 2 minggu batuk dan selsema tak baik-baik....kini berada di kampung halaman mnghirup udara segar....

Adios

Monday, November 29, 2010

Adam Danish Putra

Salam bersiaran kembali dari teratak comei Pn Susuna....kali ni kita cite anak teruna saya yang akan menyambut hari jadinya pada 2hb Dec...wah dah beso ya Adam...biasa soalan cepu emas bila nak bagi adik....sudah tentu soalan wajib yang akan di tanya oleh peminat...apakan daya orang glamor biasalah hahahhahahaha. Korang tanya sendirilah jawab...


Budak yang suka tido dalam khemah tapi akhir mama juga yang dok sekali dalam khemah tu....

Ni aktiviti menyepahkan umah yang wajib di buat setiap hari sebelum berangkat ke sekolah sampaikan meja pun di jadikan kereta....

Ni aksi yang tak boleh di lupakan berlaku di Tesco bila papa sarungkan topi tu dengan nada yang konfident suara yang lantang lagi bertenaga..."topi Budiman" tu nama papa ko panggil bukan topi memalukan beno...

Budak yang rajin bila cakap tak payah pegi sekolah suruh apa dia buat termasuk bersihkan lantai umah...

Sebab kuat minum susu bukan makan gula-gula gigi didapati telah berlubang jumpa doktor gigi tak takut cuma badan aja keras kejung....nasib baik doktor gigi cun gila siap papa pun nak pegi cuci gigi tiba-tiba ya....sengal..

Wajib berambut pacak kalau nak pegi sekolah. sambil layan cd minum susu dalam kete maklumlah nak sampai sekolah aja lebih kurang 40 minit...bosan.

Adam memang senang muntah memandangkan aku naik angin dia basuh muntah dia sendiri...hahahhaha tahu pun takut ngan mama ya.

Demam aku hangkut dok dalam office sian nak macam manakan...tuntutan kerja.

Tido kat tepi meja janji aku jaga depan mata dari dia dok kat nursery.


Bulan November juga bulan kami di satutkan maka kita sambutlah dengan hanya makan kek maklumlah dah berumur ni....hahahhaha


Kami doakan kebahagian kami berterusan hinggalah akhir hayat.....apa-apa pun kena happy dan bersyukur apa yang kita sudah perolehi....

Adios

Thursday, October 28, 2010

Apa Yang Tersisa BuatKu

Salam semuanya...rasanya tak pernah aku buat sesi luahan hati di blog aku sendiri....sebenarnya banyak luahan tapi aku tulis aku simpan sahaja, tak pernah aku rasa nak publish. Kadang-kadang tak sampai hati takut orang terasa, tapi apakan dayaku, aku ni manusia juga punya hati dan perasaan, maybe nampak aja luarannya gagah lagi perkasa tapi dalaman ku begitu kerdil mudah berkecil hati.

Kehidupan takkan selama-lamanya bahagia dan sempurna, mungkin sudah tiba masa untuk di uji kesabaran kita menjadi mahluknya mungkin dulu kita di beri segalanya, tapi lupa masa yang akan datang ianya akan pergi meninggalkan kita, ya aku lupa, lupa akan kesusahan akan datang...dulu di tatang bagaikan minyak yang penuh, tapi masa ini ku dibuang bagaikan sampah. Hari-hari ku kenang apa yang telah aku buat sehingga hati ku di robek sebegitu, aku nampak begitu jelas sejelasnya erti sebuah kehidupan.

Kini apa yang ada hanya sebuah kenangan, kenangan yang lama semangkin ku buang jauh sebab aku tak mahu menyimpannya begitu lama, maka aku lepaskan ianya perlahan-lahan pergi meninggalkan aku, kerna aku tidak mampu untuk menyimpannya begitu lama, selagi ku simpan maka ianya memakan hati dan jiwa ku.

Pasrah apa yang di beri sudah ketentuannya, aku bisa nangis bila ku kenang, aku tidak cukup tabah bila ku ratapinya, seperti ianya semua salah ku, sudah cukup aku memahaminya, mendapinginya, mengasihinya, dan segala yang mungkin ku ingin beri, tapi inikan yang aku seharusnya ku terima sebuah penyiksaan dan derita jiwa ku.....

Tika ini warkah usang ini di taip aku pun nangis begitu cengengnya aku, aku penat...penat menanti....sebuah penantian yang tidak pasti, perlahan-lahan ku pujuk hati agar menerima ketentuannya sabar apa yang di berikannya kerana ku percaya ada balasan yang mengemberikan untuk ku.

Kini aku mampu berdiri megah kerana ku bangkit dari masa silam, terima kasih kerna memberi ku satu pengajaran yang kini ku pegang sebaik-baiknya...agar melayan manusia semuanya sama rata tidak lebih tidak kurang agar diri aku tidak sedih di perlakukan sebegitu lagi.

Akhirnya aku dapat meluahkan alhamdulillah lapang dadaku....terima kasih erti sebuah persahabatan........

Adios

Wednesday, October 20, 2010

Ketupat Sotong

Gambar ni aku rembat dari gooooogle aja....

Salam Rabu.....cepat aja masa berlalu ni nak masuk hujung minggu....aku juga yang kotak katik nak menaip entry one to jaga. Oleh itu mari kita main masak-masak lagi versi toh puan Susuna...aceh...macam biasa sukatan tidak di berikan...so pandai-pandailah sapa yang nak buat tu ya, Biasanya kalau pakai agak-agaknya ni masakannya lagi mantop....yehaaaaa..dari membebel panjang mari kita teruskan agenda kita...

Bahan-Bahan:-

  1. Sotong kalau boleh dalam ukuran 6 inci sebab bila di rebus akan mengecut.
  2. Pulut
  3. Santan
  4. Gula melaka
  5. Daun pandan
  6. Pencungkil gigi
  7. Garam
Cara memasaknya:-

  1. Bersihkan sotong kasi mandi wangi-wangi...jangan pulak ko sabun ya...kan mabuk masuk hospital gua tak tanggung.
  2. Rendam pulut bersama sedikit santan dan letakkan sedikit garam secukup rasa dalam lebih kurang 10 minit.
  3. Kemudian ambik sotong sumbat dengan pulut sampai separuh badan sotong, masukkan kepala sotong dan pinkan dengan pencungkil gigi...agak-agak ko malas stepler pun boleh...kalau tertelan stepler tu kira rezekilah tu...hehehhehe.
  4. Dah siap susun comei-comei dalam periuk masukkan santan sederhana cair sampai tenggelam sotong tu ke dasar periuk...lebih santan pun takpa nanti dia pekat dan adalah kuah nak makan.
  5. Masukkan gula beserta daun pandan dan garam untuk menaikkan rasa makanan tu lebih UMPPPPPP.
  6. Kacau jangan sampai pecah minyak.....kalau pecah minyak kan jadilah sotong goreng pulak dalam tu...hehehhe
  7. Nak tahu dah masak sotong menjadi kecil dan gemuk-gemuk perut dia...sebab pulut dah kembang...bolehlah di hidangkan pada tetamu.
Ni ketupat versi kakak ipar aku dari Ganu yang ajar.....so jangan samakan cara aku memasak dengan orang lain...sekurang-kurangnya aku belajar untuk merasainya....

Akhirnya aku belajar juga buat heehhe di sebabkan susah nak dapat hidangan ini di pasaran...dan kenangan aku yang pahit bersama si ketupat sotong...walllaaaaaaaaaaa

Terima Kasih En. Bobiman dengan ucapan dan kata-kata aluan semasa memakan ketupat sotong..akan mama Susuna buat lagi..jangan risau...janji perut u penuh dengan masakan dari air tangan i ni ya.....

* Punya melantak laki bini tak hingat dunia maka gambar sebenar tidak dapat di sertakan. Kesulitan amat di kesali.

Sekian terima kasih

Adios



Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya

Wah tak sangka masa yang di nanti sudah hampir tiba....semua xcited nak raya.....2 hari sebelum raya memang rasa sangat teruja tu yang boleh di rasakan tapi tiba dah raya hati menjadi sayu...walla...malas nak cerita panjang di sini...apa-apa pun dari lubuk hati den ingin mengucapkan...

SALAM AIDIL FITRI buat semua pembaca blog di luar sana...
Maafkan saya yang comei montel ini sekiranya ada salah dan silap dalam penulisan....
Berhati-hatilah memandu....
Duit raya spend lebih sikit...dengarnya tahun ni ramai budak akan menjalankan aktiviti mengutip duit raya.....hehhehe
apa-apa pun selamatlah semuanya...

Adios

Wednesday, August 4, 2010

Tadika Cahaya Taqwa

Selamat petang.....Hari ni ADP ada rombongan ke Petrosains KLCC, dah nama rombongan kan maka ngan pagi gigih kejut anak siapkan anak supaya on time sampai di sekolah. Sampai aja dah perhimpunan ingat dah nak pegi maka ramailah ibu bapa menanti bas untuk membawa kanak-kanak riang ke KLCC.

Signboard TCT

Sampai pukul 8 dah perhimpunan berkumpul sementara tunggu bas sampai, bas punyalah lambat sampai habis lagu budak-budak ni nyanyi bas tak sampai juga, 9.15 bas pun sampai, terujanya kanak-kanak melihat bas...termasuklah ADP dia memang nak sangat naik bas..muka mama pun tak hirau bila bas sampai...babai pun tidak kejamnya...huhuhu harap-harap selamat perjalanan pergi dan balik.


Masa perhimpuan dok luar ajalah mana boleh masukkan :)


Nak naik bas baik aja jalan..

Nampak aja bas dah macam anak ayam kena kejar ngan musang

Pengetua tu yang dok depan pintu mengatur budak-budak naik bas. Kebetulan pulak bas pun warna ungu sama ngan trademark TCT

ADP mendaftar di tadika ni masa pertengahan bulan 6 setelah kejadian yang trajis di alami di nurseri yg dulu...Saya sangat suka tadika ini dengan keramahan pengetuanya yang di panggil umi, umi ni sangat baik bagi aku tak tahu nak kata baik dia jenis macam mana.... persekitaran sangat bersih, penjaga semuanya orang melayu, rata-rata saya survey orang indon yang jaga...tadika ni paling murah di abad ini yang saya jumpa dari yang lain-lain...di taman sek. 6 KD ni dia ada lebih kurang 5 unit rumah di gunakan untuk TCT.

ADP pun suka tinggal di sini ramai kawan ada taman permainan, TCT ni lebih kepada ketaqwaan tu yang sangat suka. ADP dah pandai baca Fatihah, doa makan, doa naik kenderaan, nyanyi zikir, hafal ABC dan standard pembelajaran kanak-kanak yang masuk tadikalah ya...

Cepat aja masa berlalu anak saya dah nak masuk 4 tahun tahun depan 5 tahun dah besar kena sekolah betul-betul yang sekarang ni banyak main aja...mama harapa ADP menjadi anak yang bertaqwa dan berilmu menjadi anak yang berguna masa depan demi agama dan bangsa.

Skimanya entry ni hemtam ajalah....

Adios

Monday, August 2, 2010

Cenkodok Durian

Cenkodok datang lagi...so petang yang damai sedap kiranya ada acara minum petang maka kita buat cenkodok durian versi umi ajar.....

Mari kita teruskan acara masak memasak ini:-

Bahan-bahannya:-
  1. Durian di buang biji
  2. Tepung naik sendiri Blue Key
  3. Garam secukup rasa
  4. Air
  5. Minyak untuk mengoreng
Cara membuatnya:-

  1. Durian di buang biji dah di lenyek jangan kasi berketul-ketul.
  2. Bancuh tepung berserta garam dan air bancuh hingga likat
  3. Bulatkan isi duria menggunakan sudu letakkan di tengah-tengah aduan tepung dan balut dengan adunan tepung refer gambarajah 3.
  4. Minyak di panaskan atas kuali kemudian goreng hingga warna keemasan.
  5. Hidangkan dan boleh di makan.

1.Durian tanpa biji

2.Aduan tepung begini likatnya

3. Jadikan dia begini sebelum di gorang

4. Siap di goreng nampakkan durian di tengah-tengah tepung

Dah siap begitulah cenkodok durian versi umi saya...semua bahan adalah main agak-agak...selamat mencuba.

Adios

Friday, July 30, 2010

Otak Saya Blur

Makin hari makin malas...yang rajin mengulingkan diri...apa berlaku selama 31 bulanan Julai....mestilah macam-macam berlaku...sama ada baik dan buruk...kebelakang saya amat malas tahap gaban....tahap cipan....dan macam-macam tahap ada...

Betul-betul blur ni tak tahu nak karang apa...esoklah saya sambung ada aktiviti jimbaan di Berjaya Times Square...

Adios

Wednesday, June 30, 2010

Hari Ini 30hb

Hari ini genaplah setengah tahun berlalu...adakah perjuangan dan hasrat kita sudah tercapai...cepat benar masa itu berlalu...seiring juga budak genit di bawah ni...sudah pandai pakai laptop main game...siap tanya papa mana "bokban"

Sekarang dah tak bahasakan adik...panggil Adam dah tahu malu kot bila panggil adik...huhuhu hasil didikan cikgu di sekolah kot...


kerusi comei ni juga yg dia suka padahal ada meja belajar.

tekunnya mengadap laptop..gaya keunggulan...

Dah masuk 2 minggu Adam masuk sekolah...pandai tak nangis...terus aja masuk kelas...nanti saya update gambar baju sekolah ya...

Dah saya nak angkat baju hujan...
Adios


Friday, June 25, 2010

Aku Dan Handbag


Selamat petang ni kurun lama dapat tag dari Cik Puan Nur saya baru nak buat...hehhehe

Kita teruskan aja agenda yang di tag...ambil gambar bag ngan isi perutnya sekali...so inilah bahan-bahan yang ada dalam handbag saya antaranya...
  1. Beg duit..isi duit kertas ngan siling, kad bank, kad hutang, ic ngan lesen.
  2. kunci ada 4 sets..rumah, office kat Shah Alam & Sungai Buluh & kunci kereta.
  3. External hard disc, tumb drive & card reader.
  4. Buku bank tabung haji.
  5. Buku nota.
  6. video cam & camera.
  7. Name card.
  8. Botol susu & susu sebab saya travel bila balik keje anak nak susu dalam kereta.

Itu aja dalam beg saya heheh

Adios

Thursday, May 20, 2010

Ole-Ole Dari China Matahari Terbit

Setelah seminggu bepermegian...lady bos dan bos pun menjejak kaki semula ke tanah air yang di cintai....keesokan paginya sampai di office memunggah segala ole-ole untuk di bahagi sama rata dan tak rata pun ada juga....

Bangga siot dapat ole-ole...tapi korang nak tahu ole-ole ni kalau kaum cina cakap adalah makanan pemanis mulut...so ko jangan gatai mulut bos bawa balik ole-ole...kan dia jawab u mahu ole-ole panas ke sejuk...wakakkakakak
Memandangkan idea tak berapa nak ada ni...jamu ajalah mata ya....

Kipas comei untuk anak comei

Bag handphone untuk suami yang comei

Sebuku pencuci muka untuk tuan blog yang comei

Ole-Ole di gabuangkan untuk tatapan pembaca yang comei


Dah pegi sambung balik main game treasure Isle.....papai jumpa lagi di lain lembaran

Adios

Friday, May 7, 2010

Award...

Award macam tak caya aja

Bila masa jadi top tak tahu ya...

Selamat tengahari para pembaca sekalian, saudara saudari, ibu-ibu, bapa-bapa yang di kasihi..pertamanya di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada Cik Nur kerana sudi memberi award ini kepada saya, sampai saya terlupa nak buat entry pasal award ini, terima kasih juga kepada suami saya menyokong saya menulis blog yang merapu ini tah apa-apa aja, terima kasih juga kepada anak saya sebab dia suka saya online blog ni, tapi sebanarnya di suka sebab ada gambar dia, terima kasih juga pada kawan-kawan VAGS kerana sudi membaca blog ini sambil mencari bukti kami tanam serai :), terima kasih juga kepada pembaca tersesat, terima kasih juga kepada kawan-kawan di Lee Huat Plastic (siap bagi link ni mana tahu nak tempah barang plastic), terima kasih kepada semua pembaca di luar sana, saya terharu ada orang sudi baca blog ni....

Dah habis ucapan sebab tuan pengarah suruh stop dulu bagi memberi laluan kepada iklan...

Kata akhir saya terima kasih semuanya...tiada pembaca di luar sana, saya tak mampu menulis blog ini.....

Dengan ini saya pun nak beri kepada Siah Penyek ni aja kot yang lain-lain semua dah ada...Siah sila ambik ya sebelum ko mengakhiri zaman dara tak lama lagi...

Adios

Wednesday, May 5, 2010

Keretapi Tanah Melayu

Adam Danish Putra anak Bobiman n Susuna sibuk nak naik train...hari-hari akan follow up bila mama nak bawa naik train...dengan suara syahdunya...maka aku gagahkan kaki naik train ni masa 1 Mei 2010 dengan harapan hari cuti tak ramai orang...menuju ke rumah abang di Serendah...gempaqlah konon-konon...papa tunggu kat stesen Serendah....ngan kete. Kami pun naik train..bermulah episod naik train.....

Tapi oh tidak dah macam sardin aku rasa ngan mat bangla + indon yang kalau berbual macam pecah speaker..walaupun ada koc wanita bangla main tibai masuk bila orang terangkan buat muka blur tak faham wakakkaka aku sepak juga bangla ni....ganazssss ni ayat...aku tahulah tanpa mereka tak adalah penjanaan ekonomi...tapi tolonglah bertatasusila ya abang-abang Bangla, Indon pulak perempuan yang ramai amboi korang berborak macam tak hingat dunia....cite apa-apa ajalah....

Ni budak sengal nak naik train

Dalam train yang umpama sardin tu tak ada pun kesiankan anak comei Pn. Susuna berdirilah mamat kecik ni...nak jengah keluar pun tak dapat...minta dukung aku buat dek ajalah, gila apa aku nak dukung ko mahu kalau train tu brekkkk ngan aku tersungkur...kan jadi macam nangka busuk..

Yes...berjaya juga aku tengok pemandangan dari tingkap train

Sampailah anak aku merengek tak ada sapa peduli...sampailah satu stesen Pantai Dalam orang turun barulah dapat duduk sian anak mama ya....tulah nak sangat naik trainkan...ambik...

budak sudah bosan

Sampai KL Centrel nak tukar train punyalah lambat sebab ada projek naik taraf landasan muka dah letih tanya bila nak sampai...tergaru sana sini...dah kepenatan agaknya...tulah sibuk lagi nak naik train.....

Sekarang nampak train dah tak peduli sebab dah insaf kot tak mahu naik sebab terlalu ramai orang...orang-orang yang pelik wakakakka..Kalau tanya jom naik train dia akan jawab tak boleh ramai orang...hahhahah bagus macam ni tak letih aku...Tapi ada lagi dia nak naik plane ngan bas...nanti ku fikirkan nak ke mana ngan naik bas n plane...

Adios

Monday, May 3, 2010

Suatu Malam Di Bulan Mei

Baru sahaja selesai menonton Anugerah AIM 17, bestlah juga nasib baik ada pengacara yang paling kelakar di muka bumi ni....kalau tak mahu aku layan cite The Rock berlakon kat 413, emmmmm malam makin larut mata tak boleh nak pejam..so apa lagi jalan-jalan singgah blog orang...jalan senyap-senyap tak payah susah payah tinggalkan jejak.

Tu sudah lumrah aku malas nak tinggal jejak ni...suka-suka jalan aja....sebab aku buat blog tak ada niat apa-apa, aku yang gatal tangan nak register, sebab tu ikut suka kepala ni nak update..

Jalan punya jalan sampailah ke satu blog ni, naluri ibu dek non sapa tak sedih kisah adik Alanna...(maaf saya ambik link ni tanpa kebenaran) sampai terketar-ketar seluruh tubuh ni mengenangkan adik Alanna, saya berdoa agar adik Alanna sihat sedia kala...terlalu sedih tiap kali menatap blog tu pasti air mata akan mengalir. Kuat sungguh ujian yang Allah berikan...sesungguhnya hanya Dia yang maha mengetahui....marilah kawan-kawan sekalian yang ada terbaca blog mama Susuna kita berdoa semoga adik Alanna selamat...

Buat ibu Alanna ni aja yang mampu saya berikan secebis doa buat Alanna, semoga Allah mempermudahkan urusan kalian di masa depan untuk menjaga Alanna, Alanna ni aja yang mampu aunty berikan buat Alanna...secebis doa agar kamu di ringankan beban kesakitan serta mendapat kesihatan yang baik..Amin.

Kaku rasa tangan ini untuk meneruskan penaipan dari lubuk hati ini, banyak nak luah tapi lain kali lah ya...kan tulis semua malam ni...bulan depan tak ada story pulak...target sebulan sekali tulis tu wajib di laksanakan...

Jom layan lagu Selamat Malam oleh Faizal Tahir...dengan ini aku pun nak p belayar...

Selamat Malam 1 Malaysia,


Adios

Friday, April 23, 2010

ME and MY BOSS

Hai semuanya kembali kita di bulan April ni saya copy dari email yang diterima... buat renungan di masa lapang...


When I Take a long time to finish,
I am slow,
When my boss takes a long time,
he is thorough

When I don't do it,
I am lazy,
When my boss does not do it,
he is busy,

When I do something without being told,
I am trying to be smart,
When my boss does the same,
he takes the initiative,

When I please my boss,
I am apple polishing,
When my boss pleases his boss,
He is cooperating,

When I make a mistake,
I' am an idiot.
When my boss makes a mistake,
He's only human.

When I am out of the office,
I am wondering around.
When my boss is out of the office,
He's on business.

When I am on a day off sick,
I am always sick.
When my boss is a day off sick,
He must be very ill.

When I apply for leave,
I must be going for an interview .
When my boss applies for leave,
it's because he's overworked

When I do good,
my boss never remembers,
When I do wrong,
He never forgets

what to do?????????????

Adios

Thursday, March 25, 2010

Baju Baru Azam Baru

Wah bersungguh-sungguh aku belajar nak tukar baju baru di blog terima kasih pada Cikgu Nur yang sudi mengajar aku lurus lagi malas nak study...wakakkakak


Bila dah baju baru dan dan masa tu juga aku rajin nak menaip isi blog...hahahhaha cuba tengok esok ya kalau aku berjaya buat entry one to jaga...

Hati aku gumbira...lalallallalalla

Adios

Aku Dan Buah

Wow mimpikan aku sedang menaip entry ke dua untuk bulan Mac.....hahaha aku tak tahu kenapa aku rajin beno ni siap ada gambar tau...jangan main-main....

Semenjak dua menjak ni aku tak lalu makan nasi waktu tengahari....tak tahu kenapa tekak ni lalu makan KFC or MCD aja...aku dah luahkan pada sahabat baik aku tu..mungkin aku kena sihir wakakkakaka..Puan Diela rakan kongsi tanam serai sekarang ni aku dengar dia ternak lebah untuk hasilkan madu...ternak pulak dalam umah canggihlah kiranya....apa ni tak ada kaitan langsung cite....

Sebenarnya nak cite pasal buah dan aku yang tak dapat di pisah sejak akhir-akhir ini sebab musababnya kenapa aku gila makan buah:-

  1. Tips nak dapat baby girl dari Puan Mimi kata makan buah n ayam banyak-banyak...(aku rasa semenjak Mimi ni bagi tips nilah aku perasan aku tak lalu makan nasi waktu lunch.
  2. Aku rasa perut aku buncit kalau budak perut buncit comel loteh ada cacing kan...takkan aku ada cacing dah tua ni...ada ke ubat cacing orang dewasa jual di pasaran tak?
  3. Kalau tak mengandung lagi pun bolehlah konon-konon perasan dietkan makan buah aja tapi bila balik umah aku makan nasi belantak macam pelarian tak dapat makan..bayangkan betapa hodoh rupa aku masa tu....
  4. Bestnya hari-hari dapat berak ngan banyaknya...wakakkaka. sila jangan muntah.
  5. Hilang sakit kepala aku kalau tak sikit-sikit sakit kepala sampai laki aku cakap tukar kepala lembu bapak aku bela kat kampung...kalau aku tukar rela ke ko tido ngan aku yang berkepala lembu....hahhahaha
Itu serba sedikit yang aku nampak bila makan buah walaupun modalnya boleh tahan mahal sikitlah dahlah aku cerewet buah pun nak memilih....hari-hari aku melantak buah ada kot 3 biji waktu aku keje aja...masuk office lepas sarapan buah sebiji aku telan...bosan-bosan layan blog dan facebook ngap sebiji lagi...petang-petang bosan lagi aku ngap lagi......sambil buat keje office pun aku boleh ngap n ngap n ngap...macam tu takkan kurus mahu gemuk tomei wakakkaka


Buah kegemaran...ranggup dan keras nasib baik gigi kukuh lagi kalau tak ompong...

Buah dan PC takkan berpisah..hidup bersama wakakka...

Mungkin kegilaan ini hanya sementara...mana tahu lepas ni aku gila nak makan madu lebah Puan Diela...(Puan Diela ko jangan lupa bagi aku sikit ya madu lebah tu) atau aku gila tak makan langsung...wah aku bayangkan bentuk badan aku masa tu kalau tak makan langsung...bak bos aku cakap tadi " Kurus sampai kering kontang" aku gelak nak aja guling-guling atas lantai....

Sekian terima kasih.....
Adios

Monday, March 15, 2010

Bulan March

Tajuk tidak semegah mana yang penting isinya...maka kini aku bertukar nama blog...tapi masih tak berjaya tukar layout...sebab kelembapan internet di pejabat...almaklumlah kat umah tak mampu nak pakai internet...wah cepatnya dah bulan 3 kan...

Adakah rancangan kita mengikut jadualnya...aku memang tak berjadual punya ikut suka nak buat apa....rasa-rasa nak tambah ahli keluarga pun boleh, nak pegi bercuti sana sinun pun boleh...aku suka ikut otak aja nak buat apa...tak ada perancangan langsung...macam mana nak berjaya kalau beginikan...entah apa aku merapu petang buta ni aku pun tak tahu...korang buat-buat tahu ajalah....

Dah lama tak tepek gambarkan...malaslah nak tepek gambar...tengoklah kalau rajin bulan April kot aku letak gambar..itu pun gambar scan baby dalam perut wakakakka...tak adalah aku tepeklah gambar anak teruna i tu Tuan beso Danish...hehehhe

Dahlah penat aku merapu...

Adios

Monday, February 22, 2010

February

Ooo tidak begitu masa bergerak dengan laju..kini kita berada di minggu terakhir bulan February...maka dengan tergopoh payah buat entry untuk bulan February...seperti yang di janjikan akan berusaha wajib membuat entry sebulan sekali...(sengal)

Bulan ini penuh dengan cuti amat menyeronokkan...kami sempat sampai ke Indonesia melawat nenek dan juga pulang ke Kelantan menjengok bapa mertua ku...Rumah itu sungguh sunyi dari hiruk pikuk dunia...amat kosong sekali..bagaimana abah menghadapi berseorangan...adakah terbayang bila kita akan tinggal sorang begitu (maka hati berdetik harap-harap aku mati dulu sebelum laki aku) atau berikrar membina rumah banglow yang besar supaya anak-anak tinggal di bawak ketiak kita sehingga kita tutup mata...dan lagi jauh aku fikir harap-harap dapat menantu yang baik budi pekerti jadi menantu sejati bukan jadi hantu...maka aku pun naik hantu kemudian hari...wakakaka...

Oh dunia sudah tua...masa beredar begitu cepat...rasa takut menghantui diri ini..semenjak kepulangan umi kepada penciptanya...hari-hari aku terkanang perjalanan hidup ini...kenapa aku pun tidak mengerti...maka aku jadi budak baik seketika konon insaf tak lawan kata suami jadi ibu bercakap lemah lembut ngan anak...tapi anak buat perangai maka aku jadi dainesor nak telan makanan...eeeeeeeeee aku buntu..bila malam aku tersedar 3 atau 4 pagi...aku jadi takut sekali...

Maka aku rasa bersyukur.....masih bernyawa dan perlu teruskan hidup ini....marilah kita sama-sama renungkan perjalan hidup ini..untuk lebih menjadi baik dan moga sempurna amal jariah yang kita buat....

Hari ini aku menjadi entah aku pun tak tahu..kenapa aku boleh tulis begini..luahan rasa aku yang kadang-kadang nampak alim dan kadang-kadang nampak sungguh bengong...

Pegi buat keje....kan bos marah hehehhehe dosa siot curi tulang tulis entry blog kat office (itu akulah)

Adios

Monday, January 4, 2010

Aku Dah Ada Facebook

Penat aja aku taip tadi cisssssss hilang pulak...idea bernas aku...

Takpalah aku buat ayat shortcut...aku dah ada Facebook belah kanan..menampakkan kemajuan aku yang sedia ada.... dan aku rasa nak update blog sebulan sekali cukup tahun ada 12 entry hahaha orang lain beratus-ratus..aku belas-belas aja azam baru sangatlah ni.....

Mulain sekarang aku akan guna bahasa pasar gitu harap maklummmmmmmm

OLLLLLLLLLLLLLAAAAAAAA

Adios