Monday, July 13, 2009

Puan Serai

Buah-buahan yang telah siap bersih untuk di jamu
Penyembur di sediakan untuk masa-masa kecemasan

Malam semalam kami meriah di jamukan buah-buahan tempatan dari Segamat...sungguh manis dah lazatnya tak terkata lagi-lagi ianya percuma memang lagi sedap...hahhaha kalau keluar duit jadi lain pulak nak komplain aja kejenya tak manislah...mentahlah.....hehehhe dan sekaligus kami anak beranak di serang cirit birit yang maha hebat di sebabkan melantak buah-buah tersebut tanpa kira masa dan waktu.....terima kasihlah puan serai berusaha menghantar buah tersebut walaupun penuh di hurung semut....maka di sini saya nak bagi petua paling selamat untuk membuang semut pada buah-buahan tempatan...berikut langkah-langkah keselamatan yang ingin di kongsi:-


Bahan-Bahan,
1) Ambik sebiji tudung saji (kalau tak ada tudung saji pongkes pun boleh...kalau tak ada juga ambil benda yang berlubang-lubang janji ada lubang ya)
2) sebiji kepala paip beserta getah selang untuk mengalirkan air...pastikan paip berfungsi kalau tak ada pegi aja di rumah sampah (sekiranya tinggal di apartment dan boleh jimatkan bil air rumah sendiri)
3) Air yang secukupnya..
4) Buah-buahan untuk di cuci (kalau tak nak cuci apa)


Cara-caranya,
Masukkan buah-buahan tempatan tadi ke dalam bekas yang berlubang kemudian cucur air ke atas buah-buahan tersebut...maka semut-semut akan keluar dari lubang-lubang tadi bersama-sama air paip ulang sebanyak yang mungkin, dengan ini saya mencadangkan di buat di rumah sampah kerana air yang banyak di perlukan dan semestinya ianya percuma dan tidak lupa pastikan rumah sampah tidak berbau busuk sehingga anda nak muntah untuk melakukan aktiviti ini. Sesiapa ada rumah tanah boleh di buat di laman depan atau belakang di mana sahaja asal ada air.


Ini adalah cara paling selamat dan kira semula jadi dan kalau malas sembur aja pakai penyembur nyamuk tapi tak tahulah selamat di makan atau tidak...kan ada anak beranak mati keracunan hehehe


Kalau malas lagi beli aja kat supermarket kerana ianya sungguh bersih dari segala unggas-unggas...dan kalau malas lagi belilah buah-buahan overseas kerana basuh terus kunyah...dan kalau malas lagi tak payah makan apa-apa tengok aja orang makan...


Sekian petua hari ini...
Adios

1 comment: