Thursday, August 18, 2011

Pencuci Mulut Terhebat Dari Ice Bowl Di SS2, Petaling Jaya.

Semangat di bulan Ramadhan pepagi dah cerita pasal makanan yang menyejukkan tekak. Mari-mari dekat kita zoom tempat makan yang baru di rasmikan ini. Kedai ini menyediakan juadah bertemakan pencuci mulut semata-mata tetapi lebih berkhasihat. Idea pencuci mulut ini datang jauh dari Taiwan, sesiapa suka kelainan dari segi citarasa sesuai sangatlah ke Ice Bowl.

ICE BOWL
Jalan SS2/63 ( Satu Baris Dengan KTZ dan Maybank)
Buka dari 1 Petang hingga 12 Tengah malam setiap hari
Tel : 03-7874 1088


Sesiapa ingin mencuba silalah ke Ice Bowl alamat ada kat atas tu kalau sesat boleh call jangan risau, kalau sesat lagi call aku confirm aku tambahkan kesesatan kamu semua yang nak pegi.




Ini adalah hidangan paling terkenal sekali wajib di cuba bukan sunat lagi ya para pembaca sekalian. Kuning comei kat tengah-tengah adalah kuning telur baik untuk kesihatan segar dari ladang ayam, jangan main-main, boleh rujuk di web ini berkaitan telur tersebut yang di panggil "Safe Egg"



Pencuci mulut yang di atas ini pun sedap juga, dua hidangan yang aku cerita ini adalah yang paling top dan terkenal sekali kat Ice Bowl. Korang kena cuba baru tahu jangan risau semua pencuci mulut yang ada tidaklah manis semuanya sesedap rasa bila dia sampai ke lidah kamu. Harga jangan risau sangat berpatutan dengan mangkuk dia yang besar tu minum boleh kongsi bersama-sama dengan si dia jeng-jeng.

Ok kawan-kawan jangan lupa singgah datang Ice Bowl kalau raya tak reti nak pegi mana pegi ajalah beraya kat Ice Bowl mana tahu boleh dapat duit raya sekali, korang sebut aja nama aku tu pun kalau tokey kedai kenal aku....... hahahhahahahaha.

Itu sahaja pesanan khidmat masyarakat aku pepagi buta ini yang tak ada kerja nak buat. hehehhehe

Adios