Selamat pagi semua...bersiaran kembali pada Jumaat pagi yang indah nan permai, sejuk kat luar hujan ini untuk area Shah Alam....k pagi ini kita akan membuat cekodok bagi memenuhi perut yang kosong di pagi hari....
Ni saya panggil Cekodok version 1 sebab akan ada version yang seterusnya.....
Bahan-bahan yang di pelurkan:-
Tepung Gandum guna aja jenama Tesco (gambar di sertakan di bawah)
Tepung naik sendiri atau Blue Key
Kentang
Ikan Bilis
Bawang besar
Garam
Air
Ni saya panggil Cekodok version 1 sebab akan ada version yang seterusnya.....
Bahan-bahan yang di pelurkan:-
Tepung Gandum guna aja jenama Tesco (gambar di sertakan di bawah)
Tepung naik sendiri atau Blue Key
Kentang
Ikan Bilis
Bawang besar
Garam
Air
Ni gambar tepung kot mana yang tak kenal heheh
Ni pula kentang, bawang besar dan ikan bilis setelah di tumbuk
Siap sedia untuk di makan
Ni pula kentang, bawang besar dan ikan bilis setelah di tumbuk
Cara memasak:-
- Buang kulit kentang dan bawang cuci bersih hilangkan segala dakinya, kentang hendaklah di potong dadu, bawang pula potong mayang, kemudian tumbuk bilis yang telah di buang tahi dan di cuci tumbuk sampai lumat supaya bila makan tidak tercekik untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Petua untuk tumbuk bilis, hendaklah guna lesung batu supaya kita boleh kejutkan orang bangung pagi-pagi dan juga senaman membina otot tangan supaya pejal dan nampak gagah...kalau malas gunalah blender nak macam mana lagi......
- Masukkan bahan tersebut dalam mangkuk atau besen kecik, kemudian masukkan 2 jenis tepung tersebut beserta garam, setelah itu masukkan air sedikit demi sedikit adun hingga sebati. Jangan guna air terlalu banyak kerana tepung naik sendiri bila di goreng akan menyerap yang banyak. Bahan-bahan ini semua main agak-agak.
- Panaskan minyak di dalam kuali kemudian goreng hingga kuning keemasan angkat dan hidangkan. Jangan terlalu banyak masukkan adunan kerana ia akan mengembang dua kali ganda....
- Sedia untuk di makan.
Siap sedia untuk di makan
Sekian masakan saya pada pagi ini, sesiapa nak cuba silalah....di ingatkan sekali lagi semua bahan main agak-agak....
Adios
No comments:
Post a Comment