Baiklah bersiaran kembali dalam episod ke 2 dalam menjejak kasih (macam lari tajuk ajakan) layankan aja ya... Untuk memulakan sesuatu projek terutama mempunyi rakan kongsi haruslah kami selalu bermesyuarat untuk menjayakan projek ini ambik masa lebih kurang sebulan....gitulah...sehinggalah kerja-kerja tanah di lalukan....Atas sebab apa perlu bermesyuarat:-
1) Menggunakan tanah orang so kena minta izin dulu.
2) Mengiraan kos zahir dan batin....hahah zahir ialah wang ringgit batin adalah tenaga nak
kerjalah...(no negetif)
3) Berbincang hasil penyelidikan melalui internet dan jabatan-jabatan kerajaan sehingga rasa
tidak perlu pun jabatan kerajaan kerana mereka tak membantu langsung :(
4) Memilih kontraktor untuk pembersihan tanah yang sengal lagi menyengal...
5) Pencarian anak benih
6) Pemasaran oleh kerana kami kontrak faming tak payah fikir nak hantar mana.
Itulah antara perancangan yang kami lakukan, mungkin dari segi penulisan tidak seperti pemblog lain yang ada projek serai...ini adalah hasil nukilan otak saya untuk memerahnya untuk di jadikan salah satu bahan artikel mana tahu nak buat rujukan lagi lepas ni.
Dalam proses membersihkan kerja-kerja tanah banyak adegan yang membabitkan air mata dan sakit hati, sakit otak nak fikir..oleh di sebabkan kontraktor yang sengal....tak kira nak tulis juga sengal.....banyaklah benda yang rasa kami dah putus asa sampaikan kami kena tunggu dia buat kerja....oh tidak sakitnya hati sakitnya wang bila keluar bilamana hasilnya kami yang tahu ajalah ya......
Setelah bersusah berpayah siap jugalah tanah tu di bersihkan walaupun sudah lewat dalam mengukit jadualnya...apa nak buat terlajak perahu boleh di undur terlajak kata....korang undur kan masa kalau boleh ya......sehinggalah menitis air mata...trajisnya....hahhaha bukan senang nak jadi senang.....
Ni jentera sedang mencuri tulang dalam kerja-kerja tanah semasa di jalankan menyorok di balik rimbunan pokok supaya orang lain tidak nampak semasa mencuri tulang...hahahah bukanlah dia sorok sebab takut kena curi...siapalah nak curikan.....
Paling kelakar pasal jentera masa tu kami tunggu mereka agar cepat menyiapkan kerja tersebut, Semasa pemandu ingin mencuri tulang konon-konon jentera tu rosak....hahah di sebabkan kami tunggu maka kena repair ya......kalau ikutkan banyaklah kejadian kejadian aneh kadang-kadang tak boleh masuk akal...bukan kejadian gangguan mahluk halus harap maklum....
Tapi banyak kenangan manis, pahit dan masinnya dalam melaksanakan projek ini. Pelbagai ranjau onak dan duri kami lalui bukan akan terpahat di hati masing-masing dan kami akan kenang ianya dan cuba di adaptasikan dalam blog ini...bagi tatapan anak-anak kami kelak supaya ianya tahu mencari rezeki bukan senang....walaupun kami bekerja di pejabat sepenuhnya hujung minggu di habiskan di kebun untuk membelai-belai anak serai sambil berkata-kata motivasi agar serai tersebut sihat bagaikan johan.....kalaulah macam baby boleh siram ngan susu enfa mahu gemuk hehehhehe
Sesudah tanah di siapkan oleh kontraktor tersebut maka hasilnya lagi sekali tidak serupa bikin nak nangis lagi.....cakap lain jadi lain ni macam mana...tahu nak duit aja hasilanya mata kami yang sakit.....teruskan pasrahkan diri.....kami berfikir lagi apa nak buat....sampai bertegang urat sesama rakan kongsi.....hahhaha nasib baik tak pecah rakan kongsi....kalau tak aku tanam diri aku kat kebun tu biar serai tumbuh semuanya....hehehhehe jadi hantu serai pulak....
Menarik juga sebenarnya menjadi pekebun ni, lupa nak tulis kenapa kami tidak memilih tanaman lain untuk di tanam seperti bayam, ubi, halia dan seangkatan dengannya:-
1) Serai tidak perlu jagaan rapi seperti tumbuh-tumbuhan lain.
2) Tahan lasak seperti kami kenapa kami seorang ibu bekerja sepenuh masa di pejabat, balik
rumah kemas rumah, masak, jaga anak basuh baju banyak lagilah korang yang jadi bini
takkan tak tahu....
3) Tak perlu berkomunikasi dengan pelanggan kerana kami tak suka nak bercakap dengan
orang kami lebih suka cakap ngan serai....
4) Hanya hujung minggu sahaja kami berkebun...lebih kurang 7 pagi hingga 11 pagi...
Itulah sebab kami memilih pokok serai.....tunggu episod seterusnya dalam ruangan menjejak kasih...
Adios
beso gak tapak serai ko...bagus2...
ReplyDelete