Showing posts with label Kengkawan. Show all posts
Showing posts with label Kengkawan. Show all posts

Thursday, July 23, 2009

Seharian di pejabat

Seharian Puan Serai atau nama samaran baru dia yang tak masuk akal "bedah pasan"bersama-sama bakal seorang ibu mengemas biliknya so pelayar-pelayar laman blog sila layan gambar mereka ini.....KHAS DIADAPTASIKAN UNTUK BEDAH PASAN......




Cakung macam....hehehhehe


Ibu mengandung keletihan



bersepahnya...


mak ai...ni rumah sampah ke apa ni...


dah seterusnya....


dan lagi.....


dan tak tahu nak kata apa....


dah penat, apa lagi ym ngan saya...heheeh gosip...
Adios

Friday, July 17, 2009

Puan Serai

Di suatu petang yang hening tiba-tiba aku di kejutkan oleh YM rakan kongsi yang meminta agar di beri nama gelaran yang glamor sejajar peredaran masa.

Kalau artis mungkin ya tapi ni bukan artis nak nama glamor tapi saya selaku sahabat yang baik tidak akan menghampakan permintaannya......

Marilah kita sama-sama menghayati perbualan ini yang di petik dari ruangan YM, terima kasih Yahoo kerana meyediakan ruangan berinteraksi cara alam maya kepada kami berdua.....yang sudah bosan tak tahu nak buat apa!!!!! tolong!!!! kasi kami kerja....

Diela VAGS: oi
Diela VAGS: kasilah nama glamor ckit
Diela VAGS: hahahhaa
Manja lara: amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Manja lara: pandai demand nampakkkkkkkkkkkkkkkkk
Diela VAGS: hahahhaa
Manja lara: tak tahan gelak wei
Manja lara: kawan aku demand nama ni
Diela VAGS: hahhahhaa
Diela VAGS: bagilah nama cik lemongrass
Diela VAGS: hahahahaa
Diela VAGS: barulah omputih ckit
Diela VAGS: hahhaa
Manja lara: tak thn gelak
Manja lara: aku nak tukar
Manja lara: grasslemon nama ko

Watak yang terlibat kan pening nak tahu siapa pulak Diela VAGS adalah Puan Serai manakala Manjalara tentulah tuan blog gitu...hehhehe

Tidak sangka kawan ku merasa nama itu sudah tidak sesuai pada abad ini untuk di guna pakai maka saya selaku tuan blog mengajak pemblog di luar sana memberi nama yang glamor dan sesuai dengannya.....mari mari siapa yang berjaya pasti saya undang ke Majlis Hari Jadi anak saya menu amatlah memberahikan iaitu BBQ special punya.......

Gambar tidak di sertakan kalau rajin pegi cari sendiri saya pernah siarkan wajahnya.....di dalam ruangan blog ini....kan tampal banyak glamor dari tuan blog sapa yang sengal nanti.....

Adios

Monday, July 13, 2009

Puan Serai

Buah-buahan yang telah siap bersih untuk di jamu
Penyembur di sediakan untuk masa-masa kecemasan

Malam semalam kami meriah di jamukan buah-buahan tempatan dari Segamat...sungguh manis dah lazatnya tak terkata lagi-lagi ianya percuma memang lagi sedap...hahhaha kalau keluar duit jadi lain pulak nak komplain aja kejenya tak manislah...mentahlah.....hehehhe dan sekaligus kami anak beranak di serang cirit birit yang maha hebat di sebabkan melantak buah-buah tersebut tanpa kira masa dan waktu.....terima kasihlah puan serai berusaha menghantar buah tersebut walaupun penuh di hurung semut....maka di sini saya nak bagi petua paling selamat untuk membuang semut pada buah-buahan tempatan...berikut langkah-langkah keselamatan yang ingin di kongsi:-


Bahan-Bahan,
1) Ambik sebiji tudung saji (kalau tak ada tudung saji pongkes pun boleh...kalau tak ada juga ambil benda yang berlubang-lubang janji ada lubang ya)
2) sebiji kepala paip beserta getah selang untuk mengalirkan air...pastikan paip berfungsi kalau tak ada pegi aja di rumah sampah (sekiranya tinggal di apartment dan boleh jimatkan bil air rumah sendiri)
3) Air yang secukupnya..
4) Buah-buahan untuk di cuci (kalau tak nak cuci apa)


Cara-caranya,
Masukkan buah-buahan tempatan tadi ke dalam bekas yang berlubang kemudian cucur air ke atas buah-buahan tersebut...maka semut-semut akan keluar dari lubang-lubang tadi bersama-sama air paip ulang sebanyak yang mungkin, dengan ini saya mencadangkan di buat di rumah sampah kerana air yang banyak di perlukan dan semestinya ianya percuma dan tidak lupa pastikan rumah sampah tidak berbau busuk sehingga anda nak muntah untuk melakukan aktiviti ini. Sesiapa ada rumah tanah boleh di buat di laman depan atau belakang di mana sahaja asal ada air.


Ini adalah cara paling selamat dan kira semula jadi dan kalau malas sembur aja pakai penyembur nyamuk tapi tak tahulah selamat di makan atau tidak...kan ada anak beranak mati keracunan hehehe


Kalau malas lagi beli aja kat supermarket kerana ianya sungguh bersih dari segala unggas-unggas...dan kalau malas lagi belilah buah-buahan overseas kerana basuh terus kunyah...dan kalau malas lagi tak payah makan apa-apa tengok aja orang makan...


Sekian petua hari ini...
Adios