Wednesday, July 22, 2009

Moist Dark Chocolate Cake

Bosan semasa tunggu Puan Serai

Hari Sabtu kami 2 beranak bersuka ria ke rumah Kak Nani mengambil tempahan kek, Kami semestinya pegi bersama Puan Serai kalau tak dia maka hidup kami rasa sunyi seperti anak ayam kehilangan ibunya.

Bersepahnya kereta siapa ni...sila kemas

Dek rasa kebosanan maha hebat semasa menunggu Puan Serai...Danish sila menjadi jurugambar yang konon-konon sangat pakar sila layan kalau ikut banyak lagi tak larat nak masukkan kan ada yang cakap aku meroyan bergambar.

Gambar kaki sendiri pun nak juga ke?

Maka saat-saat dan detik penantian Puan Serai pun sampailah destinasi yang di janjikan tetapi sungguh tak bestnya Puan Serai kita macam ayam berak kapur sebab demam n selsema...sian dia. Maka perjalan ke rumah Kak Nani amatlah sunyi kerana Puan Serai hilang mood berkata-kata. Maka kami dua beranak membuat acara memekak berdua pening Puan Serai dengar dahlah tak sihat...

Perjalan pulang....

Setelah berceloteh meleret-leret di rumah Kak Nani dengan anak yang buat rumah tu macam rumah dia eeeee tension lain kali Danish tinggal umah nenek....buat pengetahuan semua Kak Nani pun ada buat tempahan kuih raya sedap tau kami dah rasa sesiapa yang berminat sialah layari laman web Kak Nani sendir ya.....Kami dah tempah.....

Inilah Kek yang kami order

Kek ini amat mewah dengan coklatnya sesiapa gemar kan coklat silahlah rasa kek ini....

Kami juga mencari pembuat tart yang mewah akan inti nenasnya...inti nenas haruslah di buat sendiri bukan pakai jem....sesiapa yang tahu silalah beritahu saya kerana pembuat tart nenas kami dah tak cukup kaki tangan nak ambik order...sila nangis....

Begitulah kisah kami di hari Sabtu....

Nota Buku lima:- Apa nama sesuai untuk Puan Serai ? pertandingan masih di buka....

Adios

No comments:

Post a Comment