Showing posts with label Kasih serai. Show all posts
Showing posts with label Kasih serai. Show all posts

Monday, October 26, 2009

Selamat Hari Jadi......

Gempaqqqq tak tajuk....sempena 24/10/2009 genaplah umur serai 6 bulan maka kami nak ucapkan Selamat Hari Jadi ya wahai pokok serai sekalian....kenapa tak ucap masa genap setahun ya...pelikkan....begini...bila umur serai 6 bulan maka sudah sampai umurnya untuk di tuai...maka nak ucap dulu Selamat Hari Jadi Serai...sebelum kamu semua menjadi aruah....hehhehhe......maka kami sedang menghitung dan membuat persiapan untuk menuai...di alam nyata bukan di Facebook...ya kawan-kawan sekalian...

Maka banyak faktor perlu di ambil berat terutama faktor pekerja dan masa...memandangkan kami adalah pekerja sepenuh masa...haruslah kami mencari masa sesuai untuk menuai....Tak sangka saya sudah 6 bulan berlalu begitu masa mencemburi kami....

Banyak dugaan dan pancaroba harus kami tempuhi untuk sampai ke sini...saya berharap usahasama kami berjalan dengan baik...serta hubungan kami terjalin dengan seikhlas hati dan jujur...dalam meneruskan projek ini...walaupun satu hari nanti kita sudah bersara menjalankan projek ini....kita tetap sahabat....hingga akhir hayat...aminnnnnnnn!!!!

Dah macam ayat nak syahdu syahdan pulak..jomlah kita ramai-ramai menyanyikan lagu selamat hari jadi ya.....

Selamat Hari Jadi Rumpun Serai...

Ko pun rumput Selamat Hari Jadi juga siaplah ko lepas ni...aku bunuh ko secara kejam...

Tanah pun kering kontang....emmm

Keringnya kebun ku..bila nak hujan ni....

Ni pokok durian kalau korang ingat dulu dia ada buah tapi dah gugur siapalah manusia yang bertuah dapat rasa..cissss bau pun korang tak tinggalkan...

Semoga selamat semuanya....amin....

Adios

Monday, October 12, 2009

Serai Kami Jadi Semak dan Samun....

Hahhaah atas sebab kerajinan kami mengabdikan diri serta bermuhasabah, bertafakur dan menghayati bulan Ramadhan selama sebulan maka hasil serai dan rumput rumpai amat menggalakkan dan membanggakan....hahhaha

Oh tidakkkkkkkkkk!!!!! sebenarnya, semak sampai tak nampak serai...korang ingat apa gemuk sakanlah serai ya....kan dah kena tipu gemuk rumput bukan serai.....

Maka dengan rajinnya serta tulang 4 kerat ini, pada hujung minggu lepas kami berkampunglah di kebun serai....menebas rumput..penat gila....dan tu bebel bila nak siap macam ni....kena juga cari orang potong rumput..kalau meracun nanti mati serai.....kalau nak guna gunting lagilah tak siap...hahhaha mahu kita buat landskap bentuk-bentuk binatang ya....heheh jangan marah ya Partner...

Uiks apa pulak ada gambar Dapi (sebutan bahasa Jawa) Spa Q kat sini ...tak kaitan langsung....
Ni nak cite sekali ni 2+1 gosip masuk sekali...rumah Dapi ni dekat aja ngan kebun serai kami usahakan...hahah saya tak mahu bagi tahu mana kawasannya..pandailah korang carik ya....kalau cite detail kan aku kena tangkap ngan Suruhanjaya Kominikasi baru korang tahu....
hehheheh

Harap maklum dah berpunya...sila gigit jari...saya pun dah berpunya juga kalau tidak hehehhehe

Ni rumah Dafi masa ni kami lepak makan durian.....


Laju aja kalau cite pasal Dapi...heheh dah jom tengok semak samun pulak...korang ni bukan nak hayati pasal serai...kui kui kui...

Bongkok mari membongkok menebas rumput...sakit pinggang...


Ni kalau serai best juga ni rumput....panggil lembu pun tak mahu keras...nak kunyah...

Ada rezeki buah juga akhirnya pokok durian ni..siapa cepat dia dapat ya..

Ni sesumpah jinak, siap posing nak ambik gambar...suruh senyum tak mahu pulak buat muka serius aja...gasaklah janji ko nak bergambar..

Ni orang yang potong rumput kejauhan tu Suami Puan Serai...gambar jauh atas sebab-sebab keselamatan Kerajaan Malaysia...dan Pejabat Agama....

Penat lah kiranya 2 hari kami bantai kerja di kebun...dah lapang sikit lepas potong rumput..tinggal nak tebang pokok besar aja...sambung minggu depan pulak ya...lotih makcik..

Adios

Thursday, July 16, 2009

Menjejak Kasih Episod 2

Tanah yang masih di penuhi semak samun


Baiklah bersiaran kembali dalam episod ke 2 dalam menjejak kasih (macam lari tajuk ajakan) layankan aja ya... Untuk memulakan sesuatu projek terutama mempunyi rakan kongsi haruslah kami selalu bermesyuarat untuk menjayakan projek ini ambik masa lebih kurang sebulan....gitulah...sehinggalah kerja-kerja tanah di lalukan....Atas sebab apa perlu bermesyuarat:-

1) Menggunakan tanah orang so kena minta izin dulu.
2) Mengiraan kos zahir dan batin....hahah zahir ialah wang ringgit batin adalah tenaga nak
kerjalah...(no negetif)
3) Berbincang hasil penyelidikan melalui internet dan jabatan-jabatan kerajaan sehingga rasa
tidak perlu pun jabatan kerajaan kerana mereka tak membantu langsung :(
4) Memilih kontraktor untuk pembersihan tanah yang sengal lagi menyengal...
5) Pencarian anak benih
6) Pemasaran oleh kerana kami kontrak faming tak payah fikir nak hantar mana.

Itulah antara perancangan yang kami lakukan, mungkin dari segi penulisan tidak seperti pemblog lain yang ada projek serai...ini adalah hasil nukilan otak saya untuk memerahnya untuk di jadikan salah satu bahan artikel mana tahu nak buat rujukan lagi lepas ni.

Dalam proses membersihkan kerja-kerja tanah banyak adegan yang membabitkan air mata dan sakit hati, sakit otak nak fikir..oleh di sebabkan kontraktor yang sengal....tak kira nak tulis juga sengal.....banyaklah benda yang rasa kami dah putus asa sampaikan kami kena tunggu dia buat kerja....oh tidak sakitnya hati sakitnya wang bila keluar bilamana hasilnya kami yang tahu ajalah ya......

Tanah dalam proses pembersihan


Setelah bersusah berpayah siap jugalah tanah tu di bersihkan walaupun sudah lewat dalam mengukit jadualnya...apa nak buat terlajak perahu boleh di undur terlajak kata....korang undur kan masa kalau boleh ya......sehinggalah menitis air mata...trajisnya....hahhaha bukan senang nak jadi senang.....

Jentera yang di gunakan untuk pembersihan tanah

Ni jentera sedang mencuri tulang dalam kerja-kerja tanah semasa di jalankan menyorok di balik rimbunan pokok supaya orang lain tidak nampak semasa mencuri tulang...hahahah bukanlah dia sorok sebab takut kena curi...siapalah nak curikan.....

Paling kelakar pasal jentera masa tu kami tunggu mereka agar cepat menyiapkan kerja tersebut, Semasa pemandu ingin mencuri tulang konon-konon jentera tu rosak....hahah di sebabkan kami tunggu maka kena repair ya......kalau ikutkan banyaklah kejadian kejadian aneh kadang-kadang tak boleh masuk akal...bukan kejadian gangguan mahluk halus harap maklum....

Tapi banyak kenangan manis, pahit dan masinnya dalam melaksanakan projek ini. Pelbagai ranjau onak dan duri kami lalui bukan akan terpahat di hati masing-masing dan kami akan kenang ianya dan cuba di adaptasikan dalam blog ini...bagi tatapan anak-anak kami kelak supaya ianya tahu mencari rezeki bukan senang....walaupun kami bekerja di pejabat sepenuhnya hujung minggu di habiskan di kebun untuk membelai-belai anak serai sambil berkata-kata motivasi agar serai tersebut sihat bagaikan johan.....kalaulah macam baby boleh siram ngan susu enfa mahu gemuk hehehhehe


Tanah yang sudah di bersihkan


Sesudah tanah di siapkan oleh kontraktor tersebut maka hasilnya lagi sekali tidak serupa bikin nak nangis lagi.....cakap lain jadi lain ni macam mana...tahu nak duit aja hasilanya mata kami yang sakit.....teruskan pasrahkan diri.....kami berfikir lagi apa nak buat....sampai bertegang urat sesama rakan kongsi.....hahhaha nasib baik tak pecah rakan kongsi....kalau tak aku tanam diri aku kat kebun tu biar serai tumbuh semuanya....hehehhehe jadi hantu serai pulak....

Menarik juga sebenarnya menjadi pekebun ni, lupa nak tulis kenapa kami tidak memilih tanaman lain untuk di tanam seperti bayam, ubi, halia dan seangkatan dengannya:-

1) Serai tidak perlu jagaan rapi seperti tumbuh-tumbuhan lain.
2) Tahan lasak seperti kami kenapa kami seorang ibu bekerja sepenuh masa di pejabat, balik
rumah kemas rumah, masak, jaga anak basuh baju banyak lagilah korang yang jadi bini
takkan tak tahu....
3) Tak perlu berkomunikasi dengan pelanggan kerana kami tak suka nak bercakap dengan
orang kami lebih suka cakap ngan serai....
4) Hanya hujung minggu sahaja kami berkebun...lebih kurang 7 pagi hingga 11 pagi...

Itulah sebab kami memilih pokok serai.....tunggu episod seterusnya dalam ruangan menjejak kasih...


Adios

Friday, July 10, 2009

Menjejak kasih episod 1

gambar masa kami di sekolah menegah
Sekolah Menegah Vokasional Azizah


Terasa nak menjejak kasih sahabat lama semasa di sekolah tapi apakan daya kerana mereka mudah lupa sapa yang menjejaknya....sehinggalah buat jamuan makan-makan di rumah...tapi amatlah menyedihkan yang mengingatinya cuma seketul dua....

Penat buat jamuan tak terkira...sehingga rasa putus asa....putus asa yang amat sangat....bertanya kaba pun tidak...oh sungguh sedih....dan sekarang saya bangkit dengan harapan dan perasan yang baru...tidak mahu lagi mengingati mereka yang tidak pernah ingatkan kita.....


Majlis jamuan makan meraikan sahabat-sahabat lama


Semangat itulah telah di tiupkan oleh sahabat yang paling saya benci hahahhaha dan kini kami menjadi rakan perniagaan....mengusahakan projek serai bersama-sama....kini kami bahagia bersama-sama (macam pasangan kekasih pulak) tapi dia dah kawin harap maklum sapa-sapa yang berkenan sila isi form untuk kenapa belasah ngan suami dia....hehehhe


Terima kasih ya sahabatku kerana di beri peluang kepercayaan yang amat tinggi dalam merealisasikan projek tersebut...dan kami berharap dengan ini kami boleh membina rumah semi-D untuk kami tinggal berjiran....dah di antara dinding itu kami akan buat pintu supaya senang kami keluar masuk untuk cari makanan bila kelaparan....tapi bila anak menagis buat-buat tak dengar ya....



Nilah Puan serai gelaran di beri


Di sinilah bermulanya kisah penanam serai dan akan di adaptasikan mengikut episod perjalanannya...oleh itu para pembaca sekalian jangan ketinggalan mengikuti perkembangan projek kami.....
Adios