Wow mimpikan aku sedang menaip entry ke dua untuk bulan Mac.....hahaha aku tak tahu kenapa aku rajin beno ni siap ada gambar tau...jangan main-main....
Semenjak dua menjak ni aku tak lalu makan nasi waktu tengahari....tak tahu kenapa tekak ni lalu makan KFC or MCD aja...aku dah luahkan pada sahabat baik aku tu..mungkin aku kena sihir wakakkakaka..Puan Diela rakan kongsi tanam serai sekarang ni aku dengar dia ternak lebah untuk hasilkan madu...ternak pulak dalam umah canggihlah kiranya....apa ni tak ada kaitan langsung cite....
Sebenarnya nak cite pasal buah dan aku yang tak dapat di pisah sejak akhir-akhir ini sebab musababnya kenapa aku gila makan buah:-
Tips nak dapat baby girl dari Puan Mimi kata makan buah n ayam banyak-banyak...(aku rasa semenjak Mimi ni bagi tips nilah aku perasan aku tak lalu makan nasi waktu lunch.
Aku rasa perut aku buncit kalau budak perut buncit comel loteh ada cacing kan...takkan aku ada cacing dah tua ni...ada ke ubat cacing orang dewasa jual di pasaran tak?
Kalau tak mengandung lagi pun bolehlah konon-konon perasan dietkan makan buah aja tapi bila balik umah aku makan nasi belantak macam pelarian tak dapat makan..bayangkan betapa hodoh rupa aku masa tu....
Bestnya hari-hari dapat berak ngan banyaknya...wakakkaka. sila jangan muntah.
Hilang sakit kepala aku kalau tak sikit-sikit sakit kepala sampai laki aku cakap tukar kepala lembu bapak aku bela kat kampung...kalau aku tukar rela ke ko tido ngan aku yang berkepala lembu....hahhahaha
Itu serba sedikit yang aku nampak bila makan buah walaupun modalnya boleh tahan mahal sikitlah dahlah aku cerewet buah pun nak memilih....hari-hari aku melantak buah ada kot 3 biji waktu aku keje aja...masuk office lepas sarapan buah sebiji aku telan...bosan-bosan layan blog dan facebook ngap sebiji lagi...petang-petang bosan lagi aku ngap lagi......sambil buat keje office pun aku boleh ngap n ngap n ngap...macam tu takkan kurus mahu gemuk tomei wakakkaka
Buah kegemaran...ranggup dan keras nasib baik gigi kukuh lagi kalau tak ompong...
Buah dan PC takkan berpisah..hidup bersama wakakka...
Mungkin kegilaan ini hanya sementara...mana tahu lepas ni aku gila nak makan madu lebah Puan Diela...(Puan Diela ko jangan lupa bagi aku sikit ya madu lebah tu) atau aku gila tak makan langsung...wah aku bayangkan bentuk badan aku masa tu kalau tak makan langsung...bak bos aku cakap tadi " Kurus sampai kering kontang" aku gelak nak aja guling-guling atas lantai....
Sekian terima kasih.....