Tuesday, August 11, 2009

Projek Di Raja Lojing-Gua Musang

Hello kengkawan semua....minggu lepas tak ada news untuk di bangkitkan...hari ini saya nak cerita sikit pasal Projek Di Raja Lojing kamu boleh klik di situ untuk maklumat lanjut...Mungkin kita pernah dengar apa itu Projek Lojing....bagaimana saya sampai ke Lojing?

Ini jawapannya, dalam perjalan pulang Kota Bahru ke Kuala Lumpur setibanya di Gua Musang terdetik untuk singgah di kaki Bukit Cameron Highlands yang di war-warkan oleh abang dan kakak ipar ku...memandangkan perjalan kami masih awal kami sepakat menuju ke sana. Perjalanan yang sungguh aman dan damai tanpa sesak dengan kenderaan yang banyak...kami di jamu dengan pemandangan sungguh indah dan permai kawasan bukit bukau yang hijau...tetapi tidaklah ke semua kawasan itu menghijau bila tiba di kawasan yang di panggil Lojing kini barulah kami tahu apa yang ada di Lojing, bukit bukau habis di bersihkan bagi membangunkan kawasan pertanian...

Saya tak berani mengulas lebih lanjut maka saya serahkan pembaca sekalian untuk mencari sendiri berkenan projek ini....ini sebahagian gambar yang saya sempat ambil...gambar biasa-biasa aja sebab saya tak ada kamera canggih yang boleh teropong segala pelusuk alam....ehhehe..

Persimpangan Pos Brooke menuju ke Cameron Highlands panorama di saji dengan puluhan lori balak



Lori balak di kanan dan kiri

Kawasan Lojing

Bukit yang telah di bersihkan

Tiada lagi pemandangan hijau semua di bersihkan

Kawasan yang telah di bagunkan
Lihat bagaiman mereka mengusahankan tanaman mereka

Bertangga-tangga mereka membuat tapak tanaman

Lihatlah.....

Begitu gemuk dan sihat sayur-sayuran di usahakan

Begitu luas kawsan yang di bangunakan


Kawasan ini sejuk seperti di Cameron Highlands... tapi saya tidak pasti suhu sejuk berapa lupa nak bawa alat pengesan suhu....inilah sebahagian Projek Lojing patutlah jalan rayanya cantik mungkin di sebabkan projek tersebut....renung-renungkan selamat menjamu mata...

Adios

No comments:

Post a Comment