Wednesday, November 2, 2011

Laksa Johor

Hai kawan-kawan lamanya tak menaip di sini rindu saya tak? hahahhahahha sapalah kan nak rindu saya....aku tahu ada juga orang baca blog aku ni walapuan hanya seorang dua, so aku nak coretkan resepi aku buat pada hujung minggu lalu Laksa Johor yang pertama kali aku buat nama aja orang johor masakan tradisi negeri sendiri pun tak tahu...

Sila jamu mata dulu...

Bahan-bahan

Bahan-Bahan A (blander or kisar)
  1. 15-20 tangkai cili kering
  2. 5 biji bawang merah
  3. 3 biji bawang putih
  4. 2 cm halia
  5. 2 cm lengkuas
  6. 1 cm kunyit hidup
  7. 5 batang serai
  8. 1 1/2 peket kari ikan
Bahan-bahan B
  1. 500 gram ikan selayang or ikan sardin orang panggil ( lebih kurang 7 ekor, rebus letak sekeping asam keping)
  2. 500 gram ikan kembong ( kalau susah nak timbang 4 ekor size XL punya ni saya bakar)
  3. 500 gram udang segar or udang putih (rebus dengan sikit air)
  4. RM1.00 udang kering (rendam)
  5. RM4.50 or sekeping ikan masin kurau ( bakar)
Bahan-bahan B kemudian di kisar semuanya sila buang tulang ya kawan-kawan kan mati tercekik tulang pulak...

Bahan-bahan C (sambal dan ulam ulaman)
  1. Oleh sebab kami anti belacan kami ubah sambal dia menjadi sambal garam suami saya panggil bahan dia cili hidup/padi basuh dan keringkan, kisar bersama-sama garam, cuka dan sedikit air limau kasturi letak sikit gula dah siap.
  2. timun di buang kulit potong halus atau nipis-nipis baru sedap.
  3. tauge di buang akar (rajin tak aku hahhahahaha)
  4. daun kesum
  5. daun selasih / bazel ambik ko
  6. bawang merah besar.

Bahan-bahan D
  1. 500 gram peket spageti (rebus letak 3 sudu minyak masak cap buruh atau olive oil)
  2. sepekit kecik kerisik beli kat pasar tak rajin nak buat sendiri
  3. 1 biji kelapa dapatkan santannya
  4. Asam Keping
  5. minyak
  6. garam
  7. gula

Cara-cara masaknya
  1. Panaskan minyak tumis semua bahan-bahan A sehingga naik minyak baru masukkan rempah kari ikan yang di bancuh sedikit air.
  2. Bila rempah tersebut sudah naik minyak dan cantik kala serta baunya harum (bukan bau harum hangit tau) masukkan bahan-bahan B biar mendidih seketika.
  3. kemudian masukkan santan kelapa serta kerisik serta asam keping, garam dan gula sebagai perasa kemudian biarkan mendidik sehingga likat atau sampai hilang air atau seperti kuah spageti masa aku buat hari tu ambik masa 2 jam lebih bila angkat kuah tu sampai tak nampak air keluar.
  4. kemudian hidanglah bersama-sama spageti seperti gambar di atas sana.

Maaflah aku kalau masak memang nampak remeh tapi nak dapatkan rasa yang boleh klimaks 6-7 kali setiap kali mengunyahnya hahahhahahhaha maka aku berjaya buat hurey hurey sapa nak tempah silalah habaq mai......
Sekian resepi pada minggu ini....SELAMAT MENCUBA

Adios