Monday, August 2, 2010

Cenkodok Durian

Cenkodok datang lagi...so petang yang damai sedap kiranya ada acara minum petang maka kita buat cenkodok durian versi umi ajar.....

Mari kita teruskan acara masak memasak ini:-

Bahan-bahannya:-
  1. Durian di buang biji
  2. Tepung naik sendiri Blue Key
  3. Garam secukup rasa
  4. Air
  5. Minyak untuk mengoreng
Cara membuatnya:-

  1. Durian di buang biji dah di lenyek jangan kasi berketul-ketul.
  2. Bancuh tepung berserta garam dan air bancuh hingga likat
  3. Bulatkan isi duria menggunakan sudu letakkan di tengah-tengah aduan tepung dan balut dengan adunan tepung refer gambarajah 3.
  4. Minyak di panaskan atas kuali kemudian goreng hingga warna keemasan.
  5. Hidangkan dan boleh di makan.

1.Durian tanpa biji

2.Aduan tepung begini likatnya

3. Jadikan dia begini sebelum di gorang

4. Siap di goreng nampakkan durian di tengah-tengah tepung

Dah siap begitulah cenkodok durian versi umi saya...semua bahan adalah main agak-agak...selamat mencuba.

Adios

Friday, July 30, 2010

Otak Saya Blur

Makin hari makin malas...yang rajin mengulingkan diri...apa berlaku selama 31 bulanan Julai....mestilah macam-macam berlaku...sama ada baik dan buruk...kebelakang saya amat malas tahap gaban....tahap cipan....dan macam-macam tahap ada...

Betul-betul blur ni tak tahu nak karang apa...esoklah saya sambung ada aktiviti jimbaan di Berjaya Times Square...

Adios

Wednesday, June 30, 2010

Hari Ini 30hb

Hari ini genaplah setengah tahun berlalu...adakah perjuangan dan hasrat kita sudah tercapai...cepat benar masa itu berlalu...seiring juga budak genit di bawah ni...sudah pandai pakai laptop main game...siap tanya papa mana "bokban"

Sekarang dah tak bahasakan adik...panggil Adam dah tahu malu kot bila panggil adik...huhuhu hasil didikan cikgu di sekolah kot...


kerusi comei ni juga yg dia suka padahal ada meja belajar.

tekunnya mengadap laptop..gaya keunggulan...

Dah masuk 2 minggu Adam masuk sekolah...pandai tak nangis...terus aja masuk kelas...nanti saya update gambar baju sekolah ya...

Dah saya nak angkat baju hujan...
Adios


Friday, June 25, 2010

Aku Dan Handbag


Selamat petang ni kurun lama dapat tag dari Cik Puan Nur saya baru nak buat...hehhehe

Kita teruskan aja agenda yang di tag...ambil gambar bag ngan isi perutnya sekali...so inilah bahan-bahan yang ada dalam handbag saya antaranya...
  1. Beg duit..isi duit kertas ngan siling, kad bank, kad hutang, ic ngan lesen.
  2. kunci ada 4 sets..rumah, office kat Shah Alam & Sungai Buluh & kunci kereta.
  3. External hard disc, tumb drive & card reader.
  4. Buku bank tabung haji.
  5. Buku nota.
  6. video cam & camera.
  7. Name card.
  8. Botol susu & susu sebab saya travel bila balik keje anak nak susu dalam kereta.

Itu aja dalam beg saya heheh

Adios

Thursday, May 20, 2010

Ole-Ole Dari China Matahari Terbit

Setelah seminggu bepermegian...lady bos dan bos pun menjejak kaki semula ke tanah air yang di cintai....keesokan paginya sampai di office memunggah segala ole-ole untuk di bahagi sama rata dan tak rata pun ada juga....

Bangga siot dapat ole-ole...tapi korang nak tahu ole-ole ni kalau kaum cina cakap adalah makanan pemanis mulut...so ko jangan gatai mulut bos bawa balik ole-ole...kan dia jawab u mahu ole-ole panas ke sejuk...wakakkakakak
Memandangkan idea tak berapa nak ada ni...jamu ajalah mata ya....

Kipas comei untuk anak comei

Bag handphone untuk suami yang comei

Sebuku pencuci muka untuk tuan blog yang comei

Ole-Ole di gabuangkan untuk tatapan pembaca yang comei


Dah pegi sambung balik main game treasure Isle.....papai jumpa lagi di lain lembaran

Adios

Friday, May 7, 2010

Award...

Award macam tak caya aja

Bila masa jadi top tak tahu ya...

Selamat tengahari para pembaca sekalian, saudara saudari, ibu-ibu, bapa-bapa yang di kasihi..pertamanya di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada Cik Nur kerana sudi memberi award ini kepada saya, sampai saya terlupa nak buat entry pasal award ini, terima kasih juga kepada suami saya menyokong saya menulis blog yang merapu ini tah apa-apa aja, terima kasih juga kepada anak saya sebab dia suka saya online blog ni, tapi sebanarnya di suka sebab ada gambar dia, terima kasih juga pada kawan-kawan VAGS kerana sudi membaca blog ini sambil mencari bukti kami tanam serai :), terima kasih juga kepada pembaca tersesat, terima kasih juga kepada kawan-kawan di Lee Huat Plastic (siap bagi link ni mana tahu nak tempah barang plastic), terima kasih kepada semua pembaca di luar sana, saya terharu ada orang sudi baca blog ni....

Dah habis ucapan sebab tuan pengarah suruh stop dulu bagi memberi laluan kepada iklan...

Kata akhir saya terima kasih semuanya...tiada pembaca di luar sana, saya tak mampu menulis blog ini.....

Dengan ini saya pun nak beri kepada Siah Penyek ni aja kot yang lain-lain semua dah ada...Siah sila ambik ya sebelum ko mengakhiri zaman dara tak lama lagi...

Adios

Wednesday, May 5, 2010

Keretapi Tanah Melayu

Adam Danish Putra anak Bobiman n Susuna sibuk nak naik train...hari-hari akan follow up bila mama nak bawa naik train...dengan suara syahdunya...maka aku gagahkan kaki naik train ni masa 1 Mei 2010 dengan harapan hari cuti tak ramai orang...menuju ke rumah abang di Serendah...gempaqlah konon-konon...papa tunggu kat stesen Serendah....ngan kete. Kami pun naik train..bermulah episod naik train.....

Tapi oh tidak dah macam sardin aku rasa ngan mat bangla + indon yang kalau berbual macam pecah speaker..walaupun ada koc wanita bangla main tibai masuk bila orang terangkan buat muka blur tak faham wakakkaka aku sepak juga bangla ni....ganazssss ni ayat...aku tahulah tanpa mereka tak adalah penjanaan ekonomi...tapi tolonglah bertatasusila ya abang-abang Bangla, Indon pulak perempuan yang ramai amboi korang berborak macam tak hingat dunia....cite apa-apa ajalah....

Ni budak sengal nak naik train

Dalam train yang umpama sardin tu tak ada pun kesiankan anak comei Pn. Susuna berdirilah mamat kecik ni...nak jengah keluar pun tak dapat...minta dukung aku buat dek ajalah, gila apa aku nak dukung ko mahu kalau train tu brekkkk ngan aku tersungkur...kan jadi macam nangka busuk..

Yes...berjaya juga aku tengok pemandangan dari tingkap train

Sampailah anak aku merengek tak ada sapa peduli...sampailah satu stesen Pantai Dalam orang turun barulah dapat duduk sian anak mama ya....tulah nak sangat naik trainkan...ambik...

budak sudah bosan

Sampai KL Centrel nak tukar train punyalah lambat sebab ada projek naik taraf landasan muka dah letih tanya bila nak sampai...tergaru sana sini...dah kepenatan agaknya...tulah sibuk lagi nak naik train.....

Sekarang nampak train dah tak peduli sebab dah insaf kot tak mahu naik sebab terlalu ramai orang...orang-orang yang pelik wakakakka..Kalau tanya jom naik train dia akan jawab tak boleh ramai orang...hahhahah bagus macam ni tak letih aku...Tapi ada lagi dia nak naik plane ngan bas...nanti ku fikirkan nak ke mana ngan naik bas n plane...

Adios