Monday, March 26, 2012

Ini Bulan Mac

Rindunya nak menulis tapi malas...

Sekian, terima kasih.

Adios

Wednesday, November 2, 2011

Laksa Johor

Hai kawan-kawan lamanya tak menaip di sini rindu saya tak? hahahhahahha sapalah kan nak rindu saya....aku tahu ada juga orang baca blog aku ni walapuan hanya seorang dua, so aku nak coretkan resepi aku buat pada hujung minggu lalu Laksa Johor yang pertama kali aku buat nama aja orang johor masakan tradisi negeri sendiri pun tak tahu...

Sila jamu mata dulu...

Bahan-bahan

Bahan-Bahan A (blander or kisar)
  1. 15-20 tangkai cili kering
  2. 5 biji bawang merah
  3. 3 biji bawang putih
  4. 2 cm halia
  5. 2 cm lengkuas
  6. 1 cm kunyit hidup
  7. 5 batang serai
  8. 1 1/2 peket kari ikan
Bahan-bahan B
  1. 500 gram ikan selayang or ikan sardin orang panggil ( lebih kurang 7 ekor, rebus letak sekeping asam keping)
  2. 500 gram ikan kembong ( kalau susah nak timbang 4 ekor size XL punya ni saya bakar)
  3. 500 gram udang segar or udang putih (rebus dengan sikit air)
  4. RM1.00 udang kering (rendam)
  5. RM4.50 or sekeping ikan masin kurau ( bakar)
Bahan-bahan B kemudian di kisar semuanya sila buang tulang ya kawan-kawan kan mati tercekik tulang pulak...

Bahan-bahan C (sambal dan ulam ulaman)
  1. Oleh sebab kami anti belacan kami ubah sambal dia menjadi sambal garam suami saya panggil bahan dia cili hidup/padi basuh dan keringkan, kisar bersama-sama garam, cuka dan sedikit air limau kasturi letak sikit gula dah siap.
  2. timun di buang kulit potong halus atau nipis-nipis baru sedap.
  3. tauge di buang akar (rajin tak aku hahhahahaha)
  4. daun kesum
  5. daun selasih / bazel ambik ko
  6. bawang merah besar.

Bahan-bahan D
  1. 500 gram peket spageti (rebus letak 3 sudu minyak masak cap buruh atau olive oil)
  2. sepekit kecik kerisik beli kat pasar tak rajin nak buat sendiri
  3. 1 biji kelapa dapatkan santannya
  4. Asam Keping
  5. minyak
  6. garam
  7. gula

Cara-cara masaknya
  1. Panaskan minyak tumis semua bahan-bahan A sehingga naik minyak baru masukkan rempah kari ikan yang di bancuh sedikit air.
  2. Bila rempah tersebut sudah naik minyak dan cantik kala serta baunya harum (bukan bau harum hangit tau) masukkan bahan-bahan B biar mendidih seketika.
  3. kemudian masukkan santan kelapa serta kerisik serta asam keping, garam dan gula sebagai perasa kemudian biarkan mendidik sehingga likat atau sampai hilang air atau seperti kuah spageti masa aku buat hari tu ambik masa 2 jam lebih bila angkat kuah tu sampai tak nampak air keluar.
  4. kemudian hidanglah bersama-sama spageti seperti gambar di atas sana.

Maaflah aku kalau masak memang nampak remeh tapi nak dapatkan rasa yang boleh klimaks 6-7 kali setiap kali mengunyahnya hahahhahahhaha maka aku berjaya buat hurey hurey sapa nak tempah silalah habaq mai......
Sekian resepi pada minggu ini....SELAMAT MENCUBA

Adios

Thursday, August 18, 2011

Pencuci Mulut Terhebat Dari Ice Bowl Di SS2, Petaling Jaya.

Semangat di bulan Ramadhan pepagi dah cerita pasal makanan yang menyejukkan tekak. Mari-mari dekat kita zoom tempat makan yang baru di rasmikan ini. Kedai ini menyediakan juadah bertemakan pencuci mulut semata-mata tetapi lebih berkhasihat. Idea pencuci mulut ini datang jauh dari Taiwan, sesiapa suka kelainan dari segi citarasa sesuai sangatlah ke Ice Bowl.

ICE BOWL
Jalan SS2/63 ( Satu Baris Dengan KTZ dan Maybank)
Buka dari 1 Petang hingga 12 Tengah malam setiap hari
Tel : 03-7874 1088


Sesiapa ingin mencuba silalah ke Ice Bowl alamat ada kat atas tu kalau sesat boleh call jangan risau, kalau sesat lagi call aku confirm aku tambahkan kesesatan kamu semua yang nak pegi.




Ini adalah hidangan paling terkenal sekali wajib di cuba bukan sunat lagi ya para pembaca sekalian. Kuning comei kat tengah-tengah adalah kuning telur baik untuk kesihatan segar dari ladang ayam, jangan main-main, boleh rujuk di web ini berkaitan telur tersebut yang di panggil "Safe Egg"



Pencuci mulut yang di atas ini pun sedap juga, dua hidangan yang aku cerita ini adalah yang paling top dan terkenal sekali kat Ice Bowl. Korang kena cuba baru tahu jangan risau semua pencuci mulut yang ada tidaklah manis semuanya sesedap rasa bila dia sampai ke lidah kamu. Harga jangan risau sangat berpatutan dengan mangkuk dia yang besar tu minum boleh kongsi bersama-sama dengan si dia jeng-jeng.

Ok kawan-kawan jangan lupa singgah datang Ice Bowl kalau raya tak reti nak pegi mana pegi ajalah beraya kat Ice Bowl mana tahu boleh dapat duit raya sekali, korang sebut aja nama aku tu pun kalau tokey kedai kenal aku....... hahahhahahahaha.

Itu sahaja pesanan khidmat masyarakat aku pepagi buta ini yang tak ada kerja nak buat. hehehhehe

Adios

Wednesday, March 9, 2011

Fung Sui

Ini dia aktiviti baru aku kat office belajar fung sui ngan bos...hahhaha gila gaban ni study dari susun atur perabut, kesihatan, jati diri, masa depan, fung sui ikut tarikh lahir pun ada, sahabat handai banyaklah tak terkira, terbaru kami study rupa bentuk. Memang menyeronokkan tapi percaya bolehlah sikit-sikit sebab aku takut kan terpesong pulak aku punya fikiran ni. Tapi bila ku renung kadang ada betulnya juga lagi-lagi melibatkan orang sekeliling kita or sahabat handai kita. Kadang macam tak percaya tapi berlaku depan mata, takut aku di buatnya.

Apa-apa pun berserahlah kepadaNya yang lebih mengetahui, jangan kita mudah putus asa dan bersedih apa yang berlaku. Bergembiralah apa yang kita ada sekarang dan peliharalah sebaiknya.

Beruntung aku dapat bos yang boleh masuk sekepala ni. Suka sangat sampaikan dia offer di mana saya ada di situ akan bawa aku, cuma kadang kala sengal pun ada, layankan ajalah. hureyyyyyyyyyyy nak sambung buat keje.

Adios


Thursday, February 24, 2011

Batuk Oh Batuk

Selamat pagi kawan-kawan sekalian...mari kita cerita sikit pasal batuk. Batuk ada sejenis penyakit yang tak dapat lari dari kehidupan kita seharian menyerang tak kira peringkat umur.

Begitu juga Adam sehingga saya buntu nak bagi ubat apa...maka setiap hari saya menjalankan ujikaji bagaimana untuk cara dia boleh makan coklat tapi tak batuk. Kanak-kanak sudah tentu suka makanan ringan terutama coklat. Saya selalu melarang Adam makan coklat untuk elak dia batuk, bila dah batuk melarat sampailah ke lelah tetapi sampai bila kita nak menahan dan mengelak untuk tidak merasa makanan yang mendatangkan batuk. Ini dia petua yang saya ingin kongsikan tanpa perlu mengeluarkan belanja....



Oleh itu apa yang saya buat saya membuat perjanjian Adam boleh makan coklat tapi minum air suam, makanan yang berlemak atau manis bila di makan hendaklah bersama-sama dengan air suam. Elakkan makan coklat bila malam kerana kebiasaan budak tak suka minum air suam bila malam dan kita pun dah letih nak membebel suruh dia minum so makanlah pada waktu siang.

Sekarang saya jarang berpantang makan untuk Adam kerana jalan penyelesaiannya adalah AIR SUAM sangat mudah bukan. Ajar anak kita minum air suam bila bangun tido atau pun sebelum tido, sekiranya anak anda ada tido membawa botol susu pastikan isi dengan air suam kerana kadangkala bila malam dia lalai akan menghisap botol air suam even anak anda tidak suka air tersebut. Pastikan juga dalam beg sekolah di bekalkan air suam serta kemana-mana jua anda pergi bekallah air suam ke kedai makan pun saya bekal air suam, kerana air suam di kedai makan kebiasaan di campur bersama-sama air panas dan air paip atau air panas bersama ais itu sangat bahaya.

Saya juga tidak menyimpan air sejuk dalam peti dan membuat air batu menggunakan air masak sekiranya teringin sangat nak minum minuman sejuk. Sarapan pagi juga kami tidak mengamalkan air manis atau teh, hanya hidang air suam juga lebih sihat bukan.

Orang dewasa juga perlu minum air suam yang banyak terutama perokok dan juga yang suka mengambil supplement untuk tubuh, supaya buah pinggang dapat memproses sisa-sisa yang tidak perlu dalam tubuh, jangan amalkan makan supplement tapi kurang minum air amat berbahaya untuk masa panjang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik. Ini saya perhatikan ibu mertua saya kerana dia tidak berapa suka menum air suam hanya minum air sejuk, air sejuk kebiasaan akan membekukan sisa makanan dalam tubuh bila kita makan benda yang berlemak bersama air sejuk. Ibu mertua saya juga mengambil ubat yang begitu banyak dalam sehari lebih kurang 20-30 pil untuk penyakitnya.

Sekiranya anda mengalami batuk dan sakit tekak boleh juga amalkan minum air suam sekiranya tersedar di malam hari minumlah air segelas, tapi ada yang tak suka minum air bila malam alasan malas nak bangun kencing itu terserah diri sendiri, bila bangun pagi pun begitu minum air dulu jangan berus gigi selain awek muda badan kita pun sihat. Sekiranya kita ingin membeli air di kedai pastikan kita membeli air meneral bukanya air tapisan itu lebih baik cuma mahal sikit sahaja. tapi kalau badan anda kebal dari segala penyakit atau air tapisan beruntung sudah kerana saya alah kepada air tapisan mesti kena sakit tekak, maka saya hanya membeli air meneral sahaja.

Mungkin ini semua orang dah tahu tapi saya nak share mengikut pengalaman saya sebagai ibu yang mempunyi anak lelah kadang kala kesian melihat dia tak boleh makan macam kanak-kanak lain. Sumber ini tidak di copy dari mana-mana pihak luar hanya pendapat peribadi saya maka bahasa yang digunakan pun lintang pukang.

Oleh itu jaga kesihatan kita sebaik-baiknya terutama anak kecil yang tak tahu apa-apa, bila sakit kita suakan ubat sahaja.

Selamat Mencuba.

Adios

Friday, December 31, 2010

31 Dec 2010

Alhamdulillah masih bernafas lagi di muka bumi ini....kita sampai di penghujung tahun 2010 dan mengalu-alukan 2011...Tahniah pemain bola sepak Malaysia kerana anda semua kami dapat cuti hari ini...oklah saya nak berehat sebab dah 2 minggu batuk dan selsema tak baik-baik....kini berada di kampung halaman mnghirup udara segar....

Adios

Monday, November 29, 2010

Adam Danish Putra

Salam bersiaran kembali dari teratak comei Pn Susuna....kali ni kita cite anak teruna saya yang akan menyambut hari jadinya pada 2hb Dec...wah dah beso ya Adam...biasa soalan cepu emas bila nak bagi adik....sudah tentu soalan wajib yang akan di tanya oleh peminat...apakan daya orang glamor biasalah hahahhahahaha. Korang tanya sendirilah jawab...


Budak yang suka tido dalam khemah tapi akhir mama juga yang dok sekali dalam khemah tu....

Ni aktiviti menyepahkan umah yang wajib di buat setiap hari sebelum berangkat ke sekolah sampaikan meja pun di jadikan kereta....

Ni aksi yang tak boleh di lupakan berlaku di Tesco bila papa sarungkan topi tu dengan nada yang konfident suara yang lantang lagi bertenaga..."topi Budiman" tu nama papa ko panggil bukan topi memalukan beno...

Budak yang rajin bila cakap tak payah pegi sekolah suruh apa dia buat termasuk bersihkan lantai umah...

Sebab kuat minum susu bukan makan gula-gula gigi didapati telah berlubang jumpa doktor gigi tak takut cuma badan aja keras kejung....nasib baik doktor gigi cun gila siap papa pun nak pegi cuci gigi tiba-tiba ya....sengal..

Wajib berambut pacak kalau nak pegi sekolah. sambil layan cd minum susu dalam kete maklumlah nak sampai sekolah aja lebih kurang 40 minit...bosan.

Adam memang senang muntah memandangkan aku naik angin dia basuh muntah dia sendiri...hahahhaha tahu pun takut ngan mama ya.

Demam aku hangkut dok dalam office sian nak macam manakan...tuntutan kerja.

Tido kat tepi meja janji aku jaga depan mata dari dia dok kat nursery.


Bulan November juga bulan kami di satutkan maka kita sambutlah dengan hanya makan kek maklumlah dah berumur ni....hahahhaha


Kami doakan kebahagian kami berterusan hinggalah akhir hayat.....apa-apa pun kena happy dan bersyukur apa yang kita sudah perolehi....

Adios